Quantcast
Channel: Travel & Food
Viewing all 261 articles
Browse latest View live

Dessert @ Rimba & Rusa (Kota Damansara)

$
0
0
Assalamualaikum..

Hai semua..kali ni saya nak share tempat makan dessert yang best. Restaurant ni namanya Rimba dan Rusa. 1 petang baru-baru ni terasa sangat nak makan bread pudding. Cuba-cuba la masuk restaurant Rimba dan Rusa ni. Tup-tup bukan setakat bread pudding, sekali dengan pulut mangga pun ada. Memang terbaik lah. Tengok harga...telan air liur beberapa kali. Sekali my sis cakap dia lanjer..hah tunggu apa lagi..terus angguk-angguk nak!!! Ahahhaha. 


Bread pudding ni sangat sedap. Kalau sorang makan memang boleh kenyang tanpa order apa-apa main course. Maybe saya kut..orang lain mesti ada main course sekali kut...hehehe. Vanilla sauce tu tak muak. Minum pula black coffee..memang good combination!!!



Gluppp...tak salah saya, bread pudding ni harga dalam RM18 - RM20



Pulut mangga ni pula sikit sangat. Dah la tersangat sedap, sikit pula. Mangga pun manis. Dalam 3-4 sudu..habis dah..hahahha. Harga yang ni tak salah saya dalam RM10. Ada beberapa dessert lagi yang saya belum cuba..next time lah. 


Rimba & Rusa
Ground Floor, Sunway Nexis, 
Kota Damansara, Petaling Jaya. 
Open Tues-Sun, 8am-11pm (Fri, starts later at 4pm)


Pantai Cenang (Pulau Langkawi) - Part 1

$
0
0
Assalamualaikum...

Apa khabar semua?? Inilah entry pertama saya untuk trip ke Pulau Langkawi. Memang dah lama saya menanam azam nak ke Langkawi. Kali pertama saya jejak Langkawi adalah lebih dari 10 tahun lepas. Ketika itu saya mengikuti lawatan sambil belajar untuk subject geology di UiTM. Ketika tu camera pun takde, duit pun takde...hahahaha. Orang lain beli coklat banyak-banyak, saya mampu beli tray untuk mak saya. Alhamdulillah mak guna sampai sekarang. Boleh la nak letak jar dengan 6 biji gelas untuk serve minuman..hahaha. Mak saya jaga elok-elok tray tu sampai sekarang masih nampak baru. Rasanya RM10 jer kut saya beli..hahaha.

Seperti biasa, my travel partner saya adalah my sis. My sis beli flight tic 2 minggu sebelum kami fly. Dia just tengok-tengok harga tic jer time tu. Bila tengok return tic dalam RM121, terus dibelinya. Apa lagi, melompat lah saya kegembiraan..hahahaha. Memang teringin sangat nak kembali ke Langkawi. Saya ke Langkawi pada 19 August  - 22 August 2016. Kejap jer pun..hehehe.

Flight kami adalah pada pukul 7.30pm dan delay sehingga pukul 8pm. Just sejam jer dalam flight. Tak sempat nak tidor ke apa ke. Turun dari flight, wahhh...cantik betul malam tu. Bulan mengambang penuh.



Cuaca yang cukup sempurna untuk saya dapat melihat bulan purnama


Kami terus menghala ke luar pintu untuk berjumpa dengan wakil kereta sewa yang kami dah book. My sis booked dari http://www.mrplangkawi.com/. Deposit RM50 kena bayar ketika book tu. Kami memilih Viva Auto. Puas hati dengan harga dan condition kereta itu. Harganya adalah RM60/sehari. Process nak ambil kereta senang betul, bayar balance payment lepastu letak deposit RM50. Kereta pun dah standby depan pintu time nak exit tu.

Jalan di Langkawi clear jer. Traffic light pun tak jumpa rasanya time kami menghala ke pantai Cenang. Tak jauhpun dari airport nak ke Pantai Cenang. Rasanya 15 minit kut dah sampai. Kami stay di Sunset Beach Resort. Sebab utama kami memilih resort ini adalah, resort ni ada private beach. Kami ke Langkawi nak release tension, memang sesuai sangat pilihan resort ni. Jom tengok review saya berkenaan resort ini.

Sampai jer di parking resort, ehh...suramnya. Menakutkan pun ada. Tapi kami berfikiran positive. Saya hanya perlu isi form, then ambil kunci. Pekerja resort tu suruh bayar balance payment esok jer. Tak perlu apa-apa deposit. Untuk kebilik kami perlu melalui laluan jalan kaki yang kiri kanannya penuh dengan pokok-pokok kecil. Di celah-celah pokok tu, sesekali ternampak patung-patung batu setinggi 2 kaki. Pelik lah patung-patung tu. Saya taknak fikir sangat tapi fikir jugak...hahahha. Lampu yang dipasang malap sepanjang laluan. Bilik kami walaupun tak facing beach, deruan ombak jelas kedengaran. Dalam kegelapan, tak sesuai kut ke beach lagi. Kami just masuk bilik dan rehat dalam 10 minit macam tu. Puas hati betul bilik kami. Toilet sangat bersih dan selesa. Ada banyak tempat boleh letak barang. Curtain agak ngam-ngam jer dengan tingkap. Saya gunakan luggage saya untuk himpit curtain..hehehe.



Puas hati dengan keadaan bilik


Perut memang dah lapar sangat. Kami menghala ke arah area yang meriah dengan deretan kedai dan restoran. Crowded betul tempat tu padahal time tu dah pukul 11 malam. Tourist nampak di mana saja. Parking tersangat limited. Parking yang tersedia di sepanjang area crowded tu cumalah side parking di kiri kanan jalan. Kalau hegeh-hegeh sikit nak parking, sure kena hon dan kena maki. 



Dah penat memilih restoran, akhirnya kami singgah di restoran thai. Lupa pula namanya. Teringin sangat nak masuk sebab ada pulut mangga. Terus saya order pulut mangga ni. Sedap sangat. Saya ni suka makan pulut yang dikukus jika hendak dimakan bersama durian atau mangga. Jika pulut yang ditanak, saya tak suka. Mangga tu aduhaiii manis sangat. Tak salah saya, harga ni dalam RM10-RM11. Santan tu wajib ada..kalau tak, tak lengkaplah.



Pulut mangga tu patutnya consider dessert lah kan...tapi, itu pula yang saya habisan dulu. Hahaahha. Sekali lauk-pauk sampai, slow sikitlah nak habiskan. Makanan kat sini biasa-biasa jer, cuma pulut mangga jer yang luar biasa sedap..hahahaha.

Dah kenyang, kami hanya jalan-jalan area sekitar. Banyak stall jual souvenir, kain baju. Harga makk aii, mahal jugak. Keadaan ramai area tu buat saya cuak jugak lah. Yela, dah pernah hilang handphone kan..handbag saya pegang kuat-kuat Mata menilau tinjau keadaan sekeliling. Dah terlalu lewat time tu, dalam pukul 12 jugak la. Akhirnya kami balik ke bilik. 

Saya tak berapa boleh tido. Hati tak tahan dengar deruan ombak. Macam tak sabar nak tunggu siang. Tido kanan tak lena, tido kiri tak lena. Last-last nganga sampai ke pagi. Esok tu, bila tengok langit cerah sikit dalam pukul 7 lebih cmtu. Terus saya cakap kat my sis, saya nak gi pantai. Sayapun sorang-sorang la berjalan ke pantai. Hati ni melonjak-lonjak nak tengok laut. Lama dah tak tengok. 

Keadaan dah tak macam 10 tahun dulu. Dulu, air agak tenang. Selamat nak mandi. Bila tengok keadaan ombak, memang tak sesuai nak berenang bagai. Angin bertiup kencang, sejuk betul. Saya lepak-lepak kejap bawah pokok kelapa.


Saya duduk jap berfikir, hmmm...rasanya nak kena jugak buat island hopping. Kalau tak macam mana nak mandi laut. Maybe gi pulau leh mandi laut. Ikutnya kami takkan buat island hopping. Tapi macam kena buat pulak saya rasa. Sebabnya, saya nak mandi di laut yang lebih selamat.




Laluan dari pantai ke bilik. Saya round seluruh area resort ni. Sesekali terserempak penghuni resort ni, mesti ada cakap hello ataupun good morning. Resort ni seolah kami saja local...yang lain semua mat salleh.



Ini just panel saja untuk hiasan. Resort ni bertemakan Bali style



Saya suka la tengok pokok macam lalang tu.



Ini laluan yang kami lalu pada malam tu. Agak jauh kami berjalan sebab bilik kami boleh dikatakan di hujung juga. Sebab tu boleh dengar deruan ombak.



Patung pelik..eeeeiiii



Resort ini penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Minda terasa fresh bila tengok kehijauan pokok. Udara yang dihirup terasa segar sangat. 


Pokok ni senang nak maintain, letak air jer. Tapi kena hati-hati jentink-jentik la. Walaupun resort ni penuh dengan pasu dan bekas bertakung macam ni, takde nyamuk pun. Apa-apapun, saya amat berpuas hati stay di Sunset Beach Resort ni. Tempat ni cantik, pantai menenangkan hati, udara fresh dan bilik saya menyelesakan.

Untuk next entry, saya share pula activity islang hopping yer. Sampai di sini dulu....baiii.


Tokyo, Japan - Intro

$
0
0
Assalamualaikum...

Lama betul tak menaip...hmmm. Cerita pasal Langkawi saya hold dulu lah ek. Macam takde idea nak menulis sangat. Ni haa ada cerita baru..hehehe. Yang ni belum tahu lagi ada ke tak idea nak menulis. Entry ni just into dulu lah ek. 

Saya baru jer balik dari Tokyo pagi semalam. Tokyo adalah trip kedua saya ke Japan dalam tahun ini. Awal tahun ni saya ada ke Hokkaido. Di Hokkaido lah saya dapat melihat snow buat pertama kalinya dalam hidup saya ni. Dan di Tokyo pulak adalah kali pertama juga saya dapat melihat autumn. Syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi yang memberi kesempatan untuk saya menyaksikan kedua-dua musim ini. 

Saya share dulu beberapa photo yang tak seberapa ni ye. Semua photo saya snap pakai hp saja sebab terlupa nak bawa camera :(


Golden leaves at Euno Park


Red leaves at Meiji Park

Night at Akihabara


Sunny day at Imperial Palace



Sunrise at Mount Fuji. View dari Lake Kawaguchiko

Ada banyak peristiwa manis dalam trip kali ni. Walaupun sekejap saja di bumi Japan ini, pengalaman yang saya alami sangat-sangat tidak dapat dilupakan. Nantikan cerita yang seterusnya dari saya ye ;)

Tokyo (Japan) - Part 1

$
0
0
Assalamualaikum..

Dengan ini bermulalah stori-mori pasal Tokyo, Japan...hehehe. Hopefully saya tak tangguh-tangguhkan entry sampai cerita dah jadi basi..hehehe. Selama ini asyik dengar orang cakap kos nak ke Japan ni mahal..bila dah diri sendiri yang mengalaminya, takde lah mahal sangat. Dengan itu, rasa nak ke Japan ni every year..hehehe. Macam selalu, setiap kali trip, saya mesti akan pergi dengan my sis jer. Plan nak pergipun dalam 2 bulan lepas. Tengah relax-relax, saya tanya my sis..

Saya : Ada tak mana-mana tempat yang boleh tengok autumn tahun ni? Dan lama teringin nak tengok. 

My sis : Tokyo!!!! 

Saya : Hah? Japan lagi? baru awal tahun ritu dah gi Hokkaido then lu pun baru gi Osaka dan Kyoto time hari raya ritu. (My sis sangat sukakan Japan sampaikan buat solo trip baru-baru ni)

My sis : Alah, jom la..wa janji kita spend dalam RM2k - RM2.5k gitu.

Saya : Hmm..ok lah. 

Then bila buat costing, budget kami memang munasabah. Tanpa fikir panjang, terus kami beli flight ticket. Kena pula Selangor ada cuti panjang 4 hari direct sempena Maulidur Rasul dan hari keputraan Sultan Selangor. Saya just apply cuti 2 hari saja. Agak singkat trip ni, tapi apa boleh buat itu jer cuti yang mampu saya apply memandangkan kerja banyak kat office. Saya nak kena juga reserve cuti untuk trip yang lain sebab my manager dah warning, no more unpaid leave. 

Tujuan nak ke Tokyo adalah melihat autumn, tetapi masa yang kami pilih untuk ke Tokyo agak terlewat. Bulan December patutnya dah masuk winter. Bila tengok mana-mana website mengenai autumn di Japan, rata-rata menunjukkan awal bulan December dan berakhir autumn. Harapan kami ketika itu adalah, masih ada sisa autumn yang dapat kami lihat. Nantikan kisah seterusnya adalah kami berkesempatan atau tidak melalui pengalaman autumn di Tokyo :)

Kami tiada pilihan untuk memilih flight. Hanya Air Asia yang offer harga murah ketika itu, dalam RM1k return. Semangat nak tengok daun kering punya pasal, pejam mata lah beli ticket..hehehe. Flight kami depart dalam pukul 3.30pm dan sampai di Haneda Airport dalam pukul 10.30pm waktu Japan (Japan cepat 1 hour dari Malaysia). Dari pembacaan saya dari blog lain, banyak yang risaukan tak sempat nak naik train ke city sebab sampai agak lewat dan process imigresen yang lambat. Ada blogger overnite di airport dan ada yang ambil hotel berdekatan airport. Apa yang berlaku kepada kami malam tu sebaliknya. Process melepasi imegresen sangat sekejap. Apa perlu buat selepas melepasi imigresen ?

1) Berjalan kedepan sikit akan jumpa tourist information. Sila ambil pamphlet apa-apa yang patut. 
2) Tanya kat amoi yang jaga counter tu macam mana nak guna free wifi.
3) Pergi ke machine yang membolehkan kita register free wifi. Tak jauh pun dari tourist information tu
4) Tak jauh dari tempat tu, dah boleh nampak machine untuk beli ticket monorail. Ikut signboard kat mana nak tunggu monorail. Tak perlu nak jalan jauh pun.


Mesin untuk register free wifi. Mudah jer..ikut step-step yang terpapar di screen

My sis dah book bilik di area Higashi-jujo. Namanya adalah Hotel Flexstay Inn. Dari airport kami naik monorail dan stop di Hamamatsucho Station. Dari station tu kami kena pulak tukar naik JR line. Time ni lah berlaku kejutan budaya. Walaupun time tu dah nak dekat pukul 12 tengah malam, manusia berpusu-pusu. Dah la dengan luggage bag bagai, terkedek-kedek nak naik tangga..sesak betul nafas time tu..hahahha. Bila dah nak tukar dari monorail ke JR line, kena lah naik turun tangga..so bersedia lah ye. Tak perlu keluar station pun.

Tengok orang ramai semuanya berjacket tebal. Saya hanya pakai jacket jeans yang tak berapa tebal. Dalam hati saya tertanya-tanya, sejuk sangat ka?? Tengok dalam weather forecast dalam 10 - 16 deg. Saya memang tak bawa winter jacket pun. Teruskan membaca entry seterusnya, adakah saya dapat bertahan dengan keadaan sejuk di Tokyo?


Siap-siap simpan dalam hp anda step-step nak sampai ke hotel. 


Sebelum ke Tokyo, silalah siap-siap simpan route train yang perlu kita naik supaya tak tercari-cari nanti. Dah naik JR train, tunggu lah sampai Higashi-Jujo Station. Banyak juga stopnya..dalam 9 stops gitu. Perjalanan dar airport hingga ke hotel ni lebih kurang sejam jugaklah. Dari Higashi-Jujo, kami just berjalan dalam 2 minit jer dah sampai hotel. Dekat giler lah.

Masuk jer bilik, my sis terus rasa frust. Rupa bilik tu tak sama langsung dari gambar dalam booking.com tu. Bilik tu macam buruk jer. Then saya cakap lah..dah ok dah tu. Saya langsung tak perasaan rupa bilik tu sebelum ini. Saya check seluruh bilik tu..semua nampak ok walaupun rupa buruk. Tilam, bantal dan cadar semuanya elok. Toilet pun bersih. Toilet disekalikan dengan bidet tau...hehehe. Ada sink di luar toilet. Plug point pun ada lebih dari 4. Almari nak simpan barang pun disediakan. Tiada apa-apa cacat cela nya bilik ini. Setelah yakinkan my sis yang bilik tu lebih dari ok..baru dia dapat terima. Kalau tak dia dah nak ajak tukar hotel..hehehe.


Towel yang disediakan bersih dan tiada bau yang tidak menyenangkan


Warna curtain tu yang membuatkan bilik ni nampak buruk..hahaha


Toilet yang bersih

Oh ye, lupa nak cerita. Time tunggu my sis uruskan nak check-in, saya sempat sembang dengan sorang minah Terengganu nak juga stay kat hotel tu. Saya buat dialog sikit ye..hehehe

Saya : Dah berapa hari kat sini?

Minah Terengganu : Dah 4 hari.

Saya : Datang bereapa orang? (sifat bz bodi saya memang melampau..hehehe)

Minah Terengganu : Semua 10 orang. Yang lain tengah berkemas esok dah nak check-out pastu nak check-in hotel kat area airport. Berdua jer ke ni? Berapa hari kat sini?

Saya : A'a berdua jer. Ok tak bilik kat sini?

Minah Terengganu : Kecik giler..1st time saya duduk bilik kecik camni. Orang tu garang giler..(sambil dia tunjuk laki Jepun yang entertained my sis untuk check-in)

Saya : Kitaorg datang ni nak tengok autumn…ada lagi tak ek??

Minah Terengganu : Ada lagi. Saya baru balik dari Mount Fuji petang tadi. Tak nampak pun Mount Fuji. Ingat ka ada snow, snow pun takde. Penat jer. Kawan-kawan yang di Korea sekarang dapat pula tengok snow. Kulit jadi kering habis. (Kekecewaan terpancar dari wajah dia). Barang kat sini mahal giler. T-shirt bodoh-bodoh pun dah RM40 lebih duit kita. Key-chain dan fridge magnet pun satu sampai berbelas-belas duit ringgit kita. (Saya tak terkejut sangat perkara tu sebab di Hokkaidopun harganya macam tu. Nak beli souvenir kat orang pun tak mungkin akan saya beli. Untuk diri sendiri maybe akan beli lah)

Saya : Kalau nak tengok snow, kenalah ke Hokkaido. Sekarang ni dah ada dah snow.

Minah Terengganu : Dari sini jauh tak? 

Saya : Jauh..nak kena naik flight. Naik train ntah2 berbelas-belas jam. (Saya agak-agak jerlah..heheeheh)

Bila dah sembang sikit-sikit dengan dia, rasa risau pula tak dapat tengok rupa Mount Fuji. Kata orang agak susah nak tengok Mount Fuji dengan clear. Kekadang diliputi oleh awan. Nantikan next entry jugak ye untuk tahu kesudahan yang kami dapat tengok atau tidak Mount Fuji..hehehe.

Malam tu saya tak berapa boleh tido..begitulah 1st day di tempat orang. Nak sesuaikan tempat tido memerlukan masa..hehee. Tak sabar nak visit park keesokkan harinya. Ikut weather forecast, cuaca adalah cerah untuk 1st 3 days kami di Tokyo dan hujan pada hari terakhir kami. 

Nantikan entry yang seterusnya. Bai



Tokyo (Japan) - Part 2

$
0
0
Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di entry yang ke-2. Hari ke-2 di Tokyo barulah bermula hari untuk kami explore bandar yang terbesar di Japan dan juga merupakan ibu negara Japan. Semua orang sedia maklum yang Tokyo ini antara bandar besar yang tersibuk di dunia dan juga mempunyai transport system yang sangat efficient. Kalau dengar saja cerita mengenai Tokyo ni mesti kita tak berapa nak boleh imagine sangat. Perlu melihat sendiri betapa busynya bandar ini. Eh..dah serupa Wikipedia pulak bercerita...hehehe.

Awal pagi tu kami plan nak visit park dulu. Amboi...awal-awal pagi dah nak cari daun kering..hehehe. Tempat pertama yang akan kami pergi adalah, Yoyogi Park. Keluar jer dari hotel...aduhai sejuknyaaaaa. Setiap kali angin bertiup..dibawa sekali kesejukan. Menggigil jugaklah saya. Padan muka taknak bawa winter jacket. My sis dah pesan tapi saya degil taknak bawak..hehehe.

Bila dah siang, baru jelas sikit suasana area hotel tu. Wahh...JR station dekat giler. Seminit jer jalan dah sampai. Sebelum nak memulakan explorasi, kami beli suica card dulu. Sangat mudah untuk membeli card tersebut. Semuanya perlu dilakukan menggunakan machine. Card ini akan hold deposit sebanyak 500 Yen. Card ini boleh digunakan untuk apa-apa jua transport seperti JR train, subway, metro, monorail,  bus dan juga di 7Eleven atau mana-mana convenience store. 

Untuk permulaan kami meletakkan duit sebanyak 2,000 Yen. Yang boleh digunakan adalah 1,500 Yen. Untuk recharge/top up dan return card ni semuanya perlu dilakukan di machine. Perlu diingat, sebelum naik monorail ke airport nak pulang ke tanah air, mesti return card ini dan dapatkan balance dalam card bersama deposit 500 Yen tu ye!!! Macam my case, ingat ka boleh buat process return card ni di airport. So sad counter untuk return tu dan close ketika kami sampai di airport. Akhirnya terpaksa lah beli air dan snack di 7Eleven. Sekarang saya masih ada card tersebut. Hmm..nampaknya kena ke Tokyo lagi lepas ni...hehehhe.


Inilah machine untuk beli suica card, top up dan return card


Make sure simpan route ini dalam hp anda yer.

Pagi tu kami menggunakan JR train untuk ke destinasi. Yang bestnya naik JR train ni, kita boleh tengok view. Kalau naik subway, dalam underground memang tak nampak apa lah..hehe. Yang tak bestnya, asyik kena berdiri. Rasa syok bila tengok masih ada pokok-pokok yang berdaun keemasan. Tak sabar nak sampai ke park ketika itu.

Keluar dari Harajuku Station kami terus nampak satu cafe di seberang jalan. Untuk elak tak larat berjalan dalam park nanti, perlulah charge dulu...hehehe. Roti bakar tu sangat lah lembut dan garing di bahagian luar. Kekenyangan saya makan roti tu..hehe. Cafe ni sangat lah kecil..terpaksa berhimpit-himpit dengan customer lain. Walaupun duduk di cafe yang tertutup..selamber jer dorang smoking. Tapi ada macam alat sedut asap, so takde lah rasa sesak nafas dalam tu.


Harajuku station yang berkonsepkan senibina Jepun. Yoyogi Park terletak di arah kanan saya ye. Sila berjalan sikit jer..bila jumpa crossing, silalah cross..di situlah terletaknya Yoyogi Park


Nak masuk dalam park ni perlulah melalui pintu gerbang giant ni. Tiang tu agaknya sebesar pelukkan 3 orang kut..hehehe. Ada shrine dalam park ni. Tapi saya tak berminat nak ke situ. 


Tak tahu apa benda tong-tong yang tersusun ni..nampak unik sebab tu rasa nak bergambar...hehehe


Jumpa daun ni..excited dah..hehehe. Momiji leave ni ada yang berwarna kemerahan, kekuningan dan oren. Bila tengok dalam park tu, pokok semua berdaun hijau jer..hmmm...mana pokok berdaun kemerah dan kekuningan tu?? Tak jauh dari laluan utama park tu, saya ternampak macam ada pondok untuk masuk dalam park yang lain. Entrance fee sebanyak 500 Yen dikenakan untuk masuk ke dalam park tersebut. Dari kejauhan saya dah nampak pokok-pokok yang teringin sangat saya nak tengok itu. Tanpa fikir panjang terus saya ajak my sis..hehehe. 


Laluan sebegini disediakan dalam park ini. Terpegun saya saksikan keindahan ini. Sangat mendamaikan. Kicauan burung mengalu-alukan kedatangan kami. Udara yang disedut sangat fresh. Tak sangka park yang sangat indah ini diluarnya terdapat bandar yang sibuk.


I fall in love with autumn. Saya snap semua photo dari hp saya. Tertinggal camera kat rumah..on the way ke airport baru teringat. 


Tak dapat yang gambarkan kecantikan autumn ni dengan kata-kata. Angin yang bertiup membuatkan dahan-dahan pokok melintuk-lintuk. Daun kering yang beguguran membuatkan daku terpegun..Ya Allah..terima kasih mencipta suasana yang sungguh hebat ini. Dan aku bersyukur dengan kesempatan yang Engkau berikan ini..


Cuaca sangat cun that day. I love clear blue sky :)


I love this view..dah macam wallpaper kan?? Hehehe


Daun kat sini totally kering. 


Ada tasik yang sangat menenangkan kat sini. Jika saya stay di Japan, akan saya datang selalu di sini sambil picnic atau lepak-lepak sambil baca buku. 


Ada ikan dalam tasik ini. Dalam handbag saya ada biskut..syoknya bagi makan ikan..hehehe


Lalangpun jadi kering..Saya and my sis lepak-lepak kejap di tepi tasik tersebut sambil biar matahari menghangatkan kami sekejap. Walaupun suasana seolah panas, tapi sebenarnya sangat lah sejuk. Jika angin takde, boleh juga bertahan. Bila angin bertiup...aduhh..sejuk sangat.


Dah puas hati dalam park tu, kami bergerak keluar. Next destination kami adalah Takeshita Street. Takeshita Street ini adalah opposite Harajuku Station. Masuk jer dalam street tu..aduhai manusia..berganda ramai dari yang masuk park..hahahhaa. Kat park lagi menarik daripada bershopping kut..hehehehe. Kami ke sini tak lain dan tak bukan..nak cari makanan untuk lunch la..hehehe. Setiap kali travel bab makan ni memang keutamaan..mesti cukup 3 kali sehari..hahahaha. Street ini saya agak panjangnya dalam 1km - 2km gitu. Kiri dan kanan penuh dengan kedai-kedai souvenir dan pakaian.




Banyak kedai yang menjual crepe yang dibentukkan seperti kon ni. Sedikitpun saya tak berminat nak try...macam manis sangat jer. Lain pula bagi orang lain...sanggup beratur panjang nak beli crepe ni.


Saya lebih berminat nak cuba yang berwarna coklat tu..


Bila berjalan ke depan sikit..alamak..yang ni lagi nampak sedap. Dessert coklat yang saya beli tu belum gigit lagi pun. Bila saya cakap saya nak beli yang ni pula..my sis dah bising. Dia tak suka saya membazir. Betul juga cakap my sis..terpaksalah lupakan hasrat nak beli yang ni..hehehe. Penuh dengan makanan manis kat Tokyo ni. Sampaikan saya rasa muak tengok dessert..hahahha.


Kebetulan sangat jumpa halal food kat sini. Time tengah berjalan tu kami nampak ada orang pegang advertisement board restaurant. Kami nampak simbol halal kat board tu. Terus lah kami tanya dia kat mana restaurant tu. Rupa-rupanya ada food court kat building depan kami. Perlu naik 1st floor ye. Memang susah nak tahu tempat tu sebab takde signboard. Silalah perhatikan orang yang pegang board time melalui street ni ye. 


My sis order nasi bersama ayam dan ada mash potato. Saya pula order japanese pancake bersama ayam. Ala..pancake ni yang macam jual kat Jusco tu..ada tepung, kubis..sos kat atas tu sedap sangat!!! 

Untuk next entry saya akan share experience kami di park yang seterusnya :) 

Tokyo (Japan) - Part 3

$
0
0
Assalamualaikum..

Masih cerita pasal hari ke-2 di Tokyo. Setelah puas menghayati keindahan nature di Yoyogi Park, kami ke Takeshita Street. Dah rasa tenang di park, mula rasa serabut dengan crowded di Takeshita Street. Setelah kenyang lunch di area Takeshita Street, kami decided nak cari ketenangan yang seterusnya. Lagipun trip kami ni adalah nak release tension, langsung takde niat nak shopping bagai.

Discuss punya discuss akhirnya kami decide nak tengok ginkgo tree. Time tu kepala lutut kami dua orang dah menggigil-gigil dan tumit dah pedih-pedih..hahahaha. Agak gigih time tu sampaikan kami biar jer JR train bawa kami entah kemana. Yang penting time tu nak duduk dan tenangkan lutut yang menggigil tu..hahaha.

Kami perlu ke areaIcho Namiki dimana terletaknya ginkgo tree. Kami bayangkan pokok-pokok berdaun keemasan itu berada di park. Sebenarnya deretan pokok-pokok itu hanya di tepi jalan. Saya agak dalam 1km juga panjang deretan pokok-pokok tu. Bila keluar dari subway memang kami blur nak jalan ke arah mana. Tapi ada balai polis kecil tepi station tu. Saya pun tanya la kat polis tu dan di tunjukkan arah. Dalam 2-3 minit berjalan sampailah.

Sampai jer area tu..so sad, banyak daun dah gugur. Melihat ketinggian pokok-pokok tu, dapat bayangkan keindahan daun keemasan itu merimbun. Walaupun kebanyakan pokok-pokok itu dah tinggal ranting, tapi pengunjung di situ tak kurang ramainya.


Bentuk ginkgo leave

Sesetengah pokok masih ada sisa daun yang belum gugur..tinggi betul pokok-pokok ni

Bila dah sampai ke hujung...eh..masih ada sebatang pokok daunnya masih merimbun..cantik betul. Warnanya makin keemasan apabila terkena cahaya senja. Akhirnya dapat juga kami tengok keadaan sebenar ginkgo tree ni ketika daunnya belum habis gugur. Tak sangka betul hanya sebatang pokok ni saja yang berkeadaan begini.


Hari semakin berganjak senja walaupun time ni baru masuh pukul 5pm.

Bila dah berjalan sampai ke hujung, kami decided nak balik ke bilik dulu. Nak kena re-charge energy ..hehehe. Saya request kat my sis untuk keluar balik malam tu untuk dinner. Kami plan nak ke area Akihabara. Time on the way nak ke hotel hari pertama kami tu, saya ternampak kemeriahan lampu-lampu kat area tu. So, teringin jugak lah nak tengok betul-betul keadaan tempat itu. Dari hotel kami just 1 line jer JR train nak ke Akihabara tu.


Ketika nak cross jalan terserempak dorang ni atas jalan..dan yang paling excited tu haa..deretan ginkgo tree tu..hehe.

Dengar cerita tempat tu terkenal dengan product animation. Hmm..dulu-dulu time sekolah minat lah dengan sailormoon bagai..sekarang dah tak dah..hehe. Kami hanya berjalan tanpa arah. Niat nak cari tempat makan. Jalan punya jalan takde langsung restoran yang meyakinkan untuk masuk. Tapi akhirnya kami jumpa satu stall turkish food. Malangnya takde seat untuk duduk dan makan. Tak selesa lah nak makan berdiri. Tapi owner stall tu cakap dia ada satu lagi restoran yang sediakan meja dan kerusi. Dia suruh pekerja dia hantar kami. Dalam 5 minit jugaklah berjalan. Pekerja dia tu siap naik basikal dan kami ikut dari belakang hahaha.


Dari siang ke malam kami ni pekena turkish food jer..hahaha



Dan time on the way nak ke JR station, dapat juga peluang nak bergambar kat ginkgo tree ni..hheehe..love it!!!

  
Terjumpa bakery on the way masuk ke JR station..boleh la buat breakfast untuk hari esok.

Berakhir sudah day-2 di Tokyo, keesokkan harinya kami akan ke Imperial Palace. Paling saya excited nak ke Imperial Palace tu adalah, saya pasti ada garden atau park dalam tu. Saya sukakan nature..nak masuk hutan panjang gunung-ganang memang tak mampu..so just berharap masuk park saja lah...hahahaha.

Jumpa lagi next entry...bai!!!

Tokyo (Japan) - Part 4

$
0
0
Assalamualaikum..

Dah nak dekat new year..cepat betul masa berlalu. Semua orang bila nak dekat new year, mesti cakap pasal azam baru. Saya pula tak pernah nak berazam. Kadang-kadang tak sempat nak berazam disebabkan busy dengan kerja. Ada orang tanya, asyik busy dengan kerja..ada ka masa nak study bila nak travel? Hmm..my answer so easy. I have my sis..hahaha. Sebelum dan semasa trip yang banyak mengerahkan tenaga adalah my sis. 10 bintang untuk my sis...hehehe. Dia adalah travel buddy yang paling terbaik (echeh...macam lah pernah travel dengan orang lain...hahaha). My sis lah yang banyak survey flight ticket, hotel dan sebagainya. Untuk itinerary selalunya kami akan discuss sama-sama.

Untuk expenses, saya tak pernah nak ambil tahu kadang-kadang..hahaha. My sis just cakap rough cost yang perlu saya keluarkan...that’s all. Bila dah sampai mana-mana negara, my sis yang uruskan soal pembayaran. Me?? Lenggang-kangkung..layan view...tengok orang. Teruk kan?? Hahahha. Kalau anda baca statement saya ni, sure cakap...teruknya blogger ni..jalan-jalan nak..tapi pemalas..semua sis dia buat..hahaha. My sis memang expert hal pengurusan..dan enjoy dengan apa dia buat dan juga sifat tanggungjawab dia sebagai orang yang lebih tua dari saya. Most important thing, we enjoy the little things we do together.

Tak sampai 4 bulan kami akan ke Europe lagi..my sis tengah busy untuk study tempat-tempat bakal kami terjah. Saya pula?? Busy dengan project baru..west coast highway...memang bagi saya stress. Ini 1st time handle project besar gini. Hopefully Europe trip yang akan datang boleh release tension dan menambah semangat yang baru untuk improve dalam career.

Eh..panjang pulak mukadimah..hahaha. Kita tukar ke topic asal ye..hari ke-3 kami di Tokyo kami ikut our itinerary  nak ke Imperial Palace. Dari hotel terus ikut route berpandukan google map. Yakin sangat kami akan jumpa apa-apa cafe area Imperial Palace. Bila dah keluar dari station, aduhh..takde apa-apa cafe pun. Kami dua orang ni bab makan kena lengkap..hahaha.


Sebelum keluar bilik, kena siap2 simpan route ni dalam handphone.


View dari luar Imperial Palace..untuk kisah di sebalik Imperial Palace ini sila lah google ye..hehehe.


Di pintu masuk Imperial Palace. Entrance fee adalah free.


Baru jer langkah masuk dah nampak bunga sana-sini kembang mekar. Langsung tak sangka dah masuk winter saya boleh tengok bunga. Happy giler lah. Saya kan minah bunga..hahaha


Rasa macam nak makan buah kecik-kecik ni..hahaha


Nasib baik croissant yang beli di Akihabara. Makan bersama sambal ikan bilis tu memang kena betul lah. Dan lagi nasib baik dalam Imperial Palace garden tu ada mesin hot drink dan kerusi untuk kami duduk. That day cuaca sangat cerah dan menyegarkan. Angin tidak bertiup kencang dan sejuk seperti semalam. Suasana amat selesa sekali. Habuk-habuk croissant yang bertaburan di lantai menarik perhatian burung-burung kecil. Kami seolah-olah berkongsi makanan...hehehe. Bila dah kenyang, kami mulakan exploration. Garden tu luas dan bersih betul.  


Orang pun tak berapa ramai dalam garden. 


 Suka tengok ginkgo leaves beralun-alun ditiup angin


Suka tengok pokok yang tinggal rantin ni jer


Dari building ni sebenarnya kita boleh tengok Mount Fuji..tapi tak dibenarkan masuk

  
Pisang kaki yang masak ranum


Zoom sikit


Walaupun panas kelihatan amat terik, sejuk tu masih terasa walaupun dah pakai 1 t-shirt dan 2 lapis jacket dan 1 lapis windbreaker. Kami duduk berjemur kejap. Kemudian makin ramai pula berjemur kat padang rumput kering tu..hehehe. Bila tengok my sis macam nak lepak lama kat padang tu, saya ambil kesempatan nak snap sakura.


Sebatang pokok sakura ni jer bunganya dah kembang walaupun bukan keseluruhan pokok. Pokok ini bukan saja menarik minat saya, malahan orang Jepun yang lain.  


Kami menyambung perjalanan explore garden tersebut sehingga ke pintu keluar. 


Puas betul menghayati keindahan autumn. Cuaca pulak indah betul dengan langit biru tanpa awan dan suasana yang cukup mententeramkan. Kami pula tak terasa cramp kaki untuk trip kali ni kecuali sakit tumit akibat terlaku banyak berdiri bila dalam train. Lain pulak trip sebelum-sebelum ni, kami selalu cramp. Then saya baru teringat, sebelum trip me and my sis selalu jogging awal pagi sebelum ke office. Untuk anda yang bakal jalan banyak ketika travel, praktis lah dulu dengan berjogging ye. Saya hanya berjalan jer..takyah berlari bagai, nanti sakit lutut...hehehee. Just setengah jam satu hari ye. 

Nex entry saya akan story pulak pasal Tokyo Tower dan juga kisah terkejut tergempaq ke Lake Kawaguchiko untuk tengok Mount Fuji. Bai....


Tokyo (Japan) - Part 5

$
0
0
Assalamualaikum…

Dah part 5..kira ok lagi lah ni sebab tak bertangguh lama sangat kan..hehehhe. Masih stori mori day 3 di Tokyo iaitu pada 11 Dec 2016. Setelah puas di Imperial Palace, kami decide nak ke Tokyo Tower. Just nak bergambar je sebab kami plan nak naik Skytree. Lagipun Tokyo Tower ni ala-ala Sapporo Tower yang kami dah pernah naik di Hokkaido, so tak payah pun takpe kut. Dari Onarimon Station, kami perlu berjalan jauh jugak. On the way nak ke Tokyo Tower tu, saya terperasan ada satu cafe. Nama cafe tu macam familiar sangat. Oh ya...saya terus teringat. Pain Le Quotidien, itulah organic cafe yang saya pernah makan time kat Covent Garden, London. Time tu saya makan scone yang sangat sedap. My sis taknak makan kat situ, so saya just take away muffin dan roti.



Muffin dan roti yang saya beli sangatlah sedap!!!


Dalam pagar sebelah saya tu kalau tak salah ada shrine

Suka tengok langit yang membiru ni...yang tinggal ranting tu, tulah pokok bunga sakura. Dan boleh nampak kuncup bunga sikit-sikit


Inilah lunch kami...hehehe. Kami makan di bahagian bawah Tokyo Tower ni. Ada banyak kedai souvenir kat sini. Saya beli t-shirt Tokyo yang berharga 1000 Yen. Agak puas hati dengan t-shirt tu sebab kainnya lembut..


Bergambar di area Tokyo Tower kejap jer then kami berlalu dari situ..ada park area Tokyo Tower tu. Kaki kami dah gigil nak berjalan..so terpaksa lupakan nak masuk park ni.


Lawa lah bunga ni


View dari atas pedestrian bridge on the way nak ke subway station


Agak kepenatan lah asyik berjalan jer. Discuss punya discuss my sis ajak ke Lake Kawaguchiko time tu jugak. Terbeliak biji mata saya...hahaha. Apa taknya, time tu dah pukul 2 ke 3pm gitu. Kalau ya pun nak ke sana, kami belum book apa-apa bilik. Of course la kena overnight sebab dari Tokyo ke Lake Kawaguchiko mengambil masa lebih kurang 2 jam gitu. Saya utarakan beberapa risk perlu kami hadapi dari segi hotel, transport dengan kami sehelai sepinggang dan sebagainya. My sis meyakinkan saya yang ada hotel area bus station Lake Kawaguchiko. Dia pun pernah berkira-kira nak stay di Lake Kawaguchiko ni, so dia ada sikit-sikit info lah mana boleh stay.

Untuk balik ke hotel packing sedikit keperluan memang tak cukup masa. Time tu dah pukul 2pm lebih. Gelap dah la cepat dalam pukul 4.30pm gitu. Di Shibuya kami ikut map yang saya dah simpan dalam hp untuk ke bus station. Keluar dari Shibuya station..mak aii manusia ramai giler. Semuanya bertumpu kat area Shibuya crossing tu. Pelik betul lah saya..crossing gitu pun ramai berpusu-pusu. Tanpa peduli crossing yang dikatakan hebat tu, kami menuju ke building yang menempatkan bus station. Tak salah saya 5th floor. Bus station di 5th floor?? Ye betul tu. Nasib kami baik, ada bus ke Lake Kawagichuko dalam pukul 4pm. Kami masih ada masa sejam untuk beli apa-apa yang patut. Ada convenience store dalam building tersebut. Kami beli yang penting je. Nasib baik dah beli t-shirt time di Tokyo Tower, boleh la buat pakai tidur. My sis pulak bawa bagpack, so boleh la letak apa-apa barang.

Japan ni terkenal dengan punctuality. Kami agak risau menunggu kat dalam building. So kami keluar ke platform. Platform pula jenis open. Terpaksalah menahan kesejukan. Kelihatan kami dua orang jer menunggu bus time tu..eh takkan kami jer naik bus..hahaha. Tak lama lepas tu dah ada orang lain berbaris di belakang kami. Ohh...ramai jugak lah..dalam berbelas orang gitu. Ada nenek kat sebelah kami. Alaaa...lupa nak bergambar dengan dia. Dia cute sangat...dengan pakai kimono dan kecik jer. Time tu ada amoi ni macam nak naik bus ke airport..dia macam kecoh-kecoh sikitlah. Then nenek ni cakap something. Bahasa Jepun manalah kami paham kan..bila dia gelak kami pun gelak lah. Kami agak dia dok kata kat amoi tu apa-apa yang kelakar kut. Dia macam tanya something..so kami agak dia tanya kami nak gi mana. Sebutlah Lake Kawagichiko then dia pun sebut ohh Fujisan...home Fujisan. Tahu lah kami dia nak bagitau umah dia area Mount Fuji. Walaupun adalah masalah bahasa kami still boleh communicate...hehehe.


 Bus ticket. Dari pembacaan saya, naik bus adalah option paling mudah nak ke Lake Kawaguchiko. Kenapa kami nak ke Lake Kawaguchiko?? Di sini lah boleh menyaksikan Mount Fuji yang megah tu. 



Suasana berganjak gelap walaupun time ni baru pukul 5pm. Kami dapat seat paling depan...berkesempatan lah juga tengok suasana Tokyo..kalau tak asyik naik train dan subway train jer.



Bus ni akan melalui highway.


Ada suatu peristiwa tidak dapat saya lupakan time bus ni exit dan menghala ke destination kami tu. Dalam kepekatan malam, langsung saya tak sangka, saya nampak Mount Fuji. Subhanallah..besarnya. Tiada apa-apa lampu di atas puncak gunung itu dan tiada juga cahaya bulan. Tapi saya nampak Mount Fuji. Hati rasa melonjak nak tengok dengan mata sendiri keindahan gunung itu. Tak sabar betul rasa hati nak tunggu hari cerah keesokan hari.

Bus ini ada stop di beberapa station sebelum sampai ke Lake Kawaguchiko. Bila kami dah sampai station, turun jer dari bus menggigil kesesejukan. Luar biasa betul sejuknya. Cepat-cepat kami masuk dalam bangunan. Tetiba kami dua-dua blur pulak...hahahha. My sis plan nak ke K's Guesthouse. Tapi kami takde alamat. My sis pergilah tanya sorang mamat ni. Mamat ni macam pekerja train station. Langsung tak pandai english. Saya dah gabra time tu..mana kami nak tido malam ni? Tetiba saya dapat idea. Saya terdengar-dengar ramai orang dok call hotel pick-up. So saya terfikir, kami boleh ikut sekali kalau-kalau hotel tu offer harga murah. Saya approach sorang hotel staff tu, sekali dia cakap harga 1 malam hotel nak cecah RM800. Bertambah gabra saya..hahahha. Apa taknya, takut lah kalau-kalau semua hotel harga camgitu.

Saya nampak ada sign free wifi....haa boleh connect internet. Cepat-cepat screenshot address K's Guesthouse. Terus cari cab..tak sampai 5 min dah sampai. Lega lah kan. Saya pernah juga baca blogger stay kat guesthouse ni. Komen dia macam ok lah guesthouse tu. Bila tanya pasal room with private bathroom, takde. Yang tinggal hanya dorm dan separate bathroom. Amoi yang layan tu bagus lah...kami suka. Sekali datang mamat berjambang ni..cara dia bercakap sangatlah menyakitkan hati. My sis dah hampir nak tertikam lidah dengan mamat tu...time tu gabra saya bertambah-tambah. Fikirkan kesejukan kat luar tu buat saya rasa nak pitam kalau-kalau malam tu kami terpaksa jadi gelandangan..hahahhaha. 

Tetiba..amboi tak abis-abis ada idea saya nih..hahaha. Saya nampak sign free wifi dalam guesthouse tu. Cepat-cepat saya connect internet dan masuk booking-com. Just 1km dari situ ada hotel yang offer harga yang berbaloi. Saya terus cakap kat my sis dan tanpa soal my sis cakap jom kita berambus dari sini. Syukur betul. Amoi tu bagi direction nak ke hotel tu. Time berjalan keluar tu keadaan gelap betul. Lampu jalan pun takde. Tempat tu seolah-olah mati di waktu malam. Kami terpaksa guna lampu hp nak suluh jalan...hahahhaa. Nasib kami baik...ada bilik kosong di Royal Hotel Kawaguchiko. Jom tengok bilik kami yang sangat puas hati.



Masuk jer..saya pelik tengok cadar ni macam tak siap..hahahha. Yang atas tu adalah selimut ye. Saya tak sure kena sarungnya macam dah siap..hahaha.



Hotel ni memang japanese stayle habis lah.



Suka tengok tingkap ni..curtain diganti dengan penutup sliding ni. Kami biarkan tingkap ni begini supaya kami sedar bila dah cerah. Kami target nak tengok sunrise.



Baju ni ada dalam almari..melaram kejap hahahha. Pakaian ni disediakan untuk dipakai ketika kita nak gi mandi air panas yang dipanggil onsen. Tapinya bila mandi kena tanggal semua pakaian lah..dan free ye. Kami taklah gi mandi...hahahaha.

Berakhir sudah pengalaman gabra saya..hahahhaa. Untuk next entry, saya nak cerita pasal Mount Fuji pulak. Baiii...


Lake Kawaguchiko (Japan) - Part 6

$
0
0
Assalamualaikum…

Horayyyyy...bermula sudah cerita mengenai Mount Fuji. Jangan terkejut ye..dalam entry ni akan terlalu banyak photo Mount Fuji sebab terlalu banyak angle menarik kita boleh snap gunung ni. Semalaman tak dapat nak tidur sebab excited nak tengok Mount Fuji yang gah tu. Saya asyik check weather..yela takut takde rezeki nak tengok Mount Fuji dengan clear. Dah la 1st day sampai Tokyo saya dapat besembang dengan minah Terengganu tu dia cakap dia tak dapat tengok Mount Fuji dengan jelas sebab gunung itu ditutupi kabus.

Seawal 6.30am kami dah di lobby hotel. Saya ada roti untuk breakfast. So, kami just order hot coffee dari hotel. Bau coffee tu semerbak...sedap sangat. Asalnya nak share jer dengan my sis secawan coffee tu..sekali saya tak sedar asyik hirup coffee tu sampai hampir nak habis...hahaha. Terpaksa lah order lagi. Sambil breakfast tu kami dok tengok la sorang mamat ni asyik la snap menghala ke building hotel. Time tu kami fikir dia nak snap hotel tu je lah..tapi beria sangat pulak dia snap.

Dah siap breakfast kami tanya la receptionist arah untuk ke bridge. Menurut receptionist time kami check-in malam tu, view yang cantik adalah dari bridge yang tak jauh dari hotel. Lupa pulak nama bridge tu. Receptionist hotel ni boleh speaking sikit-sikit saja tapi sangat-sangat membantu. Ketika keluar dari hotel, saya just pandang ke arah bangunan hotel. Melompat melihat apa di depan saya..Mount Fuji jelas kelihatan. Patutlah mamat tu asyik snap...dari hotel boleh terus nampak. Di hening pagi yang mendamaikan tu saya dapat melihat gunung yang gah dan sangat jelas tanpa diselaputi kabus. Bilik kami tidak facing gunung tersebut, sebab tu kami tak tau. Terus kami berdua berazam untuk kembali semula ke Lake Kawaguchiko ini one day. Kedamaian di sini amat luar biasa.


Hotel Royal Kawaguchiko and Mount Fuji yang merupakan gunung berapi yang masih active.

Sambil snap macam-macam angle, kami berjalan menghala ke ke arah bridge. Perjalanan kami menyusuri tasik. Hotel kami stay tu memang betul-betul di sebelah tasik. Seksa juga nak berjalan sebab cuaca amat sejuk time tu. Jom tengok photo.


Time ni boleh dikatakan matahari belum betul-betul menampakkan diri...warna keemasan sunrise sangat menawan hati. Jarang-jarang nak nampak orang lain time ni. Maybe terlalu awal kut. Tapi please remember..time ni lah saat paling terbaik nak tengok Mount Fuji. Kenapa?? Teruskan membaca.


Zoom sikit Fuji-san. 


Minta maaf kalau saya terover..maklumlah sangat teruja..hahahaha


Ini view di bahagian lain


Dah puas bergambar di area bridge tu, kami menghala ke arah taman area hotel


Terjumpa rumah comel ala-ala zaman dulu kala..tak salah saya ni adalah muzium


Lama-kelamaan langit mula tidak berapa nak clear. Sebab apa? Saya rasalah ye...saya rasa jelah, tak tau lah betul atau tak. Saya perhati makin banyak flight lalu. Bukan satu atau dua..berpuluh kut. Ada asap dikeluarkan dari flight macam line putih nipis jer...lama-kelamaan asap tu bersepah atas udara. Dan macam photo di atas lah jadinya. Saper-saper yang stay area Lake Kawaguchiko ni, silalah bangun awal-awal ye.


Ada kerusi dan meja disediakan area taman ni. Kerusi concrete ye..beku bontot..hahaha. Tengok apa saya snap tu. Permukaan daun kering ni ada ice...wahhh!!! 


Dekat tepi-tepi tasik pun ada ice dipermukaan air. Maybe waktu malam tu terlalu sejuk...so membentuk ice lah.


Snap dari arah taman yang kami tengah lepak tu. Haa...tulah bridge yang kami dok bergambar sakan tu...hehehe.


Autumn di Lake Kawaguchiko ni kira dah betul-betul berakhir..dah betul-betul masuk winter. Semua pokok dah takde daun. Tak salah saya ni ginkgo tree.


Relax-relax sambil ditemani Mount Fuji

Kami layan view sepuas yang mungkin sambil discuss planning kami hari tu. Ikutkan hati my sis nak stay lagi satu malam di Royal Hotel Lake Kawaguchico tu, tapi kami dah nak fly balik malam esok tu. Takut juga ada masalah nak balik ke Tokyo keesokan hari. So, kami decide jalan-jalan area Lake Kawaguchico dan pulang semula ke Tokyo petang tu. Untuk menghabiskan masa sehingga check-out, kami relax-relax kejap dalam bilik. Rasa sayang nak tinggalkan bilik yang best tu.


View dari bilik. Ada banyak juga hotel area ni.


Untuk pusing-pusing Lake Kawaguchico kita boleh guna transport ala-ala bus yang macam hoho bus tu. Tapi, kecik sangat lah bus tu. Macam mini bus jer. Manusia pulak punya lah ramai. Nak tak nak terpaksa lah menyelit naik bus tu. Kat mana nak naik bus ni? Bus stop tak jauh pun dari hotel. Berjalan tak sampai 1 minit jer dah sampai. Boleh google laluan bus ni ye.

  
Ini adalah 1st stop yang kami berminat nak turun dari bus. Ada sebuah hotel yang nampak mewah facing Mount Fuji ni. Saya tak alert pulak nama stop ni. Rasanya kat sinilah view untuk snap Mount Fuji berviewkan sakura time spring. Ohhh...pasti cantik kan?? Bus ni seolah-olah berpusing di tepi tasik ni jer sepanjang perjalanan.


Semua orang turun time ni. Kamipun turut turun lah. Ramai betul orang kat stop ni. Rupa-rupanya, kat sinilah boleh nampak Mount Fuji dengan lebih jelas. 


Mana-mana tempat memang boleh jer nampak Mount Fuji..tapi kat sini lebih cun sebab takde pokok atau bangunan. Time ni matahari memancar terik. Boleh nampak puncak gunung ni berasap..maybe snow kat atas tu berasap bila kena cahaya matahari. Bila nak bergambar, matahari akan facing muka kita. So, gambar yang terhasil muka kita akan nampak gelap lah. 


Dah puas kat sini, kami pun bergerak patah balik menghala ke pekan. Dalam perjalanan tadi tu dah nampak dah satu restoran halal..indian food. Perut time tu dah berkeroncong minta diisi. Kami macam boleh agaklah nak stop kat mana. Kami ter stop awal satu stop...so menapak lah sikit.  

Time menapak tu terjumpa kedai ni...glupppp..minda kata jom beli..hati kata jangan..akhirnya diri mengikut kata hati..heheheh.


Restoran tu ada kat simpang depan tu sikit jer...tenang je kan pekan ni.


Kecik benar restoran ni. Saya agak boleh lah muat dalam 10 orang dengan cara duduk rapat-rapat..hehehehe. Masih tak nampak mana restoran tu?? Tu haa yang ada signboard oren tu...hehehe.


Saya order roti nan bersama seafood curry. Dapat free salad. Aduhai sedapnya makanan kat sini..rasanya sama macam roti nan saya makan kat Sapporo dan Niseko. Restoran kecik jangan disangka makanannya pun portion kecik ye...hehehehe.  


My sis makan nasi. Habis sepinggan nasi tu dia makan...hahahaha...lapar sangat.


Sesudah makan, kami decide nak balik ke Tokyo. Time tu rasa macam dah puas berjoli di Lake Kawaguchiko. Sebenarnya macam-macam lagi activity boleh buat seperti naik cruise, naik rope way dan sebagainya. Tapi time tu kami rasa penat sangat dan kenyang sangat kut..then tak larat dah nak buat benda lain..hahahaha. Ada kisah sikit, kami just berjalan jer ke station bus untuk ke Tokyo tu. Tengah berjalan tu, saya perasan dicelah-celah rumah orang, ada segumpal benda warna coklat seolah-olah tergolek. Seolah-olah gumpalan belukar kering yang tergolek-golek ala-ala citer koboi tu yang kat padang pasir tu. Hope anda boleh paham lah maksud saya ye..hahahha. Bila jalan ke depan lagi..ha hamikk...sekumpulan monyet bermuka merah sedang bergayut kat wire electric. Yang saya sangka gumpalan belukar tu adalah seekor monyet yang tengah berlari ke arah kami. Tak cukup tanah lah kami berlari dari monyet tu...hahahaha. Gerun tau. Nasib baik time tu dah nak sampai station. Fuhh..merah betul muka monyet tu.

Lake Kawaguchiko station. Kami sampai ngam-ngam bus nak jalan tak sampai 5 minit. Zap zup zip kami beli ticket dan masuk duduk dalam bus. Tak ramai pun dalam bus. Kerja saya dalam bus membuta saja lah..hahahhaa.


Kami betul-betul berazam nak datang lagi tempat ni. Rasa nak duduk 3-4 hari kat sini jer. Entah tercapai entah tidak. Ikut plan asal, kami just nak day trip ke kesini. Keputusan sehelai sepinggang datang ke sini amat berbaloi..hehehe. Bila difikir balik, isk berani sangatlah kami gamble gitu. Apa-apapun kami bersyukur Allah mudahkan setiap urusan kami. Berharga betul pengalaman ini.

Tokyo (Japan) - Part 7

$
0
0
Assalamualaikum...

Eh..lambat pulak sambungan citer pasal Tokyo. Takpe..takpe..sikit lagi nak habis dah. Sabar sikit jer lagi ye...hehe. Cuti CNY agak lama kan? Macam office saya off nak dekat seminggu. Kira ok juga nak gi holiday mana-mana. Tapi saya just luang masa dengan family kat kampung. Kalau time bulan 1 atau 2, selalunya Europe tengah winter. Kalau tengok trip2 saya, mostly time spring. I love spring. Ada bunga-bunga beraneka jenis dan juga warna...suka sangat. Kalau summer, kat negara kita pun boleh rasa kan..hahaha..gurau jer. Kalau winter pula bagi saya, sekali-sekala ok juga lah. Sebabnya, nak berski pun takut..bila salji lebat, semput pulak..hahahha. Autumn pula..I think I fall in love with autumn. Hujung tahun ni hopefully boleh experience autumn lagi..aminnnnn.

Ok sambung cerita...selepas kami balik dari Kawaguchiku, kami decide nak tengok crossing yang famous tu...Shibuya Crossing. Kata orang, tempat cun nak tengok crossing tu adalah dari Starbucks. Sebenarnya, saya tak excited pun nak tengok crossing tu..hahaha..yang menjadi keutamaan saya time tu adalah nak minum. Lepas turun dari bus, dahaga sangat. Masuk lah dalam Starbucks tu..mai aii orang berbaris nak beli minuman boleh tahan jugak. Kami just order 1 mocha. Dah dapat order..kami naik ke tingkat atas nak cari seat. Kat atas pun manusia penuh sampai takde seat. Nasib baik ada 1 seat sebelah mamat jepun. Sambil my sis snap crossing tu, saya asyik lah minum sampai tak sedar dah habis. Bila my sis datang..frust dia sebab mocha dah abis..hahaha. Then saya cakap takpe saya boleh beli lagi. Turun lah beli lagi satu. Kali ni saya nak minta cup besar sikit. Malangnya dorang tak macam Malaysia ada beberapa saiz cup. Sedap sangat mocha kat situ. 

My sis suruh saya gi cross then dia snap photo dari atas starbucks tu..hahhaa..saya taknak..nape ntah rasa macam pelik crossing macam tu jadi tumpuan...hahaha. Photo kat bawah ni semua dari my sis.


Mocha yang sangat sedap!!!

Masa yang sesuai kata orang adalah time orang balik kerja. Kami berkesempatan cross menggunakan crossing tu. Tu pun  memang kami kena cross sebab nak ke subway station. Time cross tu punya lah ramai dok bergambar..pelik betul saya..hahaha. 

Selepas tu kami ke Tokyo Skytree pula. Kami nak tengok view Tokyo City dari tower ni. Hmm..tanpa dirancang, dah banyak tempat kami berpeluang tengok bandar-bandar besar dari atas. Contohnya melihat Bangkok City dari Baiyok Sky Hotel, London City dari London Eye, Sapporo dari Sapporo TV Tower serta Soul City dari Namsan Tower. Cumanya tak berkesempatan melihat Paris dari Eiffel Tower, Hongkong City dari The Peak. Sebenarnya kadang-kala perkara yang tidak dirancang itu adalah sesuatu pengalaman yang indah.


Sumber photo : Skytree wesite. 
Inilah rupa Tokyo Skytree tu..tinggi betul. Boleh nampak Mount Fuji dari tower ni, tapi kami kan gi waktu dah gelap..nampak bangunan dan lampu jer lah.

Disebabkan time kami ke Tokyo ni dah nak dekat Christmas, boleh lah tengok macam-macam decoration.

Kami sampai time yang sangat cun. Ingat ka orang ramai-ramai sebab nak berbaris beli ticket, rupanya bukan sama sekali. Semuanya tunggu nak tengok lighting show. Alah..ala-ala projector tu. Macam-macam image akan terpancar kat dinding tower ni. Music yang terhasil menyebabkan keadaan area tu bergema. Power lah show tu. Free jer..dah abis show ni, orang ramai pun bersurai. Orang yang ramai-ramai tu just nak tengok show tu. Kami meneruskan hasrat nak naik ke tower tu

Taraaa..our ticket. Tak perlu tunggu lamapun untuk beli ticket. Macam mana-mana tower yang kami naik, akan ada orang jaga lift. Lift yang kami naik tu memang laju betul..sampai tak terasa yang kita tengah naik keatas menggunakan lift. Kagum lah. Percaya atau tidak, Tokyo Skytree ni adalah tower ke-2 tertinggi selepas Burj Khalifa di Dubai...so angan-angan pasni naik try naik Burj Khalifa pula..hehehe. Nasib baik angan-angan tu free. Jom tengok photo...

Bandar yang pesat membangun...Tokyo Tower nun di hujung sana yang berwarna keemasan..

View dari atas ni memang awesome. Bangunan nampak tersusun

Abaikan muka tired dan lapar tu..hehehe

Syok tengok christmas tree ni

Alat ni seolah-olah tengok view kat luar dari atas tower ni.

Tokyo zaman dahulu kala

Tokyo zaman sekarang

Cermin untuk tengok terus ke bawah...hihihi..gayatnyaaaa..

Turun jer dari Tokyo Skytree, kami plan nak singgah Asakusa. Disebabkan just 1 station jer dari Tokyo Skytree station, kami decide nak ke Asakusa dengan niat nak cari dinner. 



Sementara nak tunggu train sampai, kami luangkan masa untuk snap train.

Nilah JR train..jom naik

Kat sinilah tempat shopping. Dah banyak kedai tutup, tapi pengunjung masih ramai. 

Restoran pun banyak yang masih bukak. Telan air liur tengok makanan olok-olok ni..gluppp..

Time ni tak salah saya dah pukul 8 malam kut. Lupa la..tengok dalam gambar salah seolah pembaca blog saya yang kini berhubung dengan saya melalui FB, tempat ni crowded betul time dia pergi. Tapi bila dah lewat...lengang jer.


Tetiba terjumpa kedai ni...pekerja kedai ni masih rancak masak kuih ikan yang intinya kacang hitam ni walaupun kedai lain banyak dah tutup.

Ada dua inti untuk kuih bentuk ikan ni. Saya lupa nama kekacang yang diguna untuk menghasilkan lagi satu inti yang color kuning tu. 

Sedap sangat kuih ni...saya mintak yang baru masak..hehehe

Sedap sangat kuih ni

Motif utama ke sini adalah untuk dinner. Banyak restoran yang tak sesuai untuk kami masuk. Tetiba kami lalu depan restoran kat bawah ni..bila tengok menu semuanya seafood. Tapi tak semudah tu untuk kami masuk..perlu betul-betul yakin kan. Bila tanya kat waiter, tak paham english pulak. Mata saya meliar tengok area kitchen. Sekali saya bertentang mata dengan chef hero india..hahahaha. Terus saya panggil. Dia pun datang. Saya yakin dia boleh speaking. Saya punya dialog lebih kurang camgini…"Do you serve meat here?Then dia jawab, "No, all seafood. Don't worry."

"Do you know about muslim?" tanya saya lagi. "Yes" Jawab mamat tu. Lega saya. Then saya tanya lagi. "Do you know we need eat halal food?" Then dia cakap yes lagi. Bertambah lega lah saya..hahaha. Then kami masuklah restoran tu dengan senang hati, jiwa dan raga gitu.


Senang jer nak cari restoran ni...ada aquarium yang dalamnya ada pelbagai ikan.

Tak perlu order air ye..kita akan diberi tea percuma!!!

Meriah tak makanan saya?? hehehe. Mostly makanan kat sini merupakan tempura. Saya order ell tempura. Ada udang sekor dan beberapa jenis sayuran. Ell tu besar giler..tak larat nak habis. My sis pula order mix seafood.

Malam tu saya tidur dalam keletihan dan kekenyangan..hehehe. Akhirnya tercapai juga niat nak makan tempura. Esok kami bakal pulang. Untuk next entry saya akan share activity terakhir kami di Tokyo…

Sayonara!!!

Tokyo (Japan) - Part 8

$
0
0
Assalamualaikum..

Entry Tokyo ni dah nak abis. Walaupun trip Tokyo ni adalah pada December last year, memory tu masih segar lagi. Walaupun trip 6 tahun lepas, syukur setiap memory tu masih terpahat diingatan saya. Suasana serta udara segar yang disedut masih terasa sampai sekarang. Nak tahu tips macam mana nak buat memory terlekat di minda dan di jiwa?? Bak kata orang memorable trips. Senang jer..jawapannya adalah dengan cara menulis. Menulis macam saya sebagai contohnya. Bila saya menulis kisah beberapa bulan lepas, pasti memory indah tu dapat menjelma. Suatu perasaan yang susah nak diungkapkan.

Tips yang seterusnya, hayati moment indah anda. Bagaimana caranya?? Hmm..bagi saya, jika kita dah sampai tempat-tempat yang ingin kita pergi, duduk bertenang dan hayati keindahan tempat itu. Bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan melihat dunia ciptaanNya ini. Jangan sampai jer asyik ketip-ketip butang camera ataupun hp...asyik la posing nonstop. Just luang masa sekejap hayati keadaan tempat itu serta udara yang dihirup. Minda yang merakam suasana itu lebih bagus dari dirakam oleh camera anda. Mudah kan?? Yang ni dulu kut tips saya beri. Kita balik ke perkara asal saya tulis entry ni...

13 Dec 2016...itulah hari terakhir kami di Tokyo. Activity kami that day hanyalah bersantai di taman dan makan seafood di Tsukiji Market. Duit Yen pun masih banyak sebab saya tak berapa shopping. Bagi saya tak berapa suka shopping kat Japan, mahal sangat. Pagi tu kami ke Ueno Park. Ueno Park ni cun giler time spring..boleh tengok sakura. Time saya pergi ni hanyalah leh tengok ranting pokok sakura..hahaha. Jom layan photo... 

Can you imagine the trees are full of cherry blossom?? That day the weather was very cloudy. It was raining when we were on our way to airport. 

Segala pokok teratai semua dah kering...

Lalang...

Flowers...

Trees...

Pagoda..

Mamat yang tengah bagi makan kucing ni macam something wrong sikit. Memula tu suara dia bergema dalam Ueno Park tu..pelik lah time tu..kenapa pulak mamat ni terpekik-pekik kan. Rupa-rupanya dia tengah panggil kucing-kucing ni nak bagi makan. See..gemuk-gemuk kucing ni. Saya lalu sambil snap photo ni..sekali disergahnya saya suruh gi jauh-jauh gamaknya. Maybe takut saya ni buatkan kucing-kucing tu lari. Takut pulak tengok mamat ni...hehehe. Dalam taman ni saya jumpa 2 ke 3 orang macam tak berapa nak betul..takut jugak lah.

Apa ntah orang panggil gate merah ni

Jalan punya jalan dalam park ni, tetiba jumpa area yang daun-daun kering memenuhi tanah. Impian saya nak bergambar sambil duduk atas daun-daun kering akhirnya tercapai..hehehe. 

I feel so sad..today is my last day at Tokyo :(

I is sukeeee....hehehe

Kasut ni lah dipakai untuk travel, untuk jogging, untuk zumba dan main badminton..hopefully next trip nak beli kasut baru..hehehe

Ketika nak ke Ueno Station, kami singgah shopping street tak jauh dari station. Saya time tu masih belum beli apa-apa souvenir untuk officemate. Macam souvenir saya belek..aduhai mahalnya...tak mampu pulak. Officemate saya bukan sorang dua..ramai sangat dong. Tetiba dengar sorang pakcik ni macam tengah rancak menjual..unik pulak cara pakcik ni menjual snack. Anda tengok video kat bawah ni, tahulah betapa berminatnya saya nak beli. Snack saya beli kat pakcik tulah saya jadikan souvenir untuk officemate saya...hahaha. Tu jer saya termampu..jom layan video...


Dengan 1000 Yen, banyak jugak saya dapat...coklat DARS tu sangatlah sedap. Bila dah balik sini, saya guna apps untuk check ingredient setiap snack ni. Yang ada bahan was-was, saya bagi kat chinese officemate.

Dari bilik awal-awal pagi dah planning nak pergi Tsukiji Market nak makan seafood. Tsukiji Market ni kami just buat option jer jika semua tempat kami sempat cover. Bila dah ke market tu thats mean kami dah cover lah semua tempat yang kami nak pergi...yahoooo. 5 hari 4 malam kami berada di Tokyo kami dapat cover banyak tempat menarik di Tokyo. Trip kali ni kami tak berasa tired ataupun memaksa diri untuk cover macam-macam tempat. 

Amat senang nak kenal pasti arah ke Tsukiji Market bila kita dah exit dari Tsukiji Station. Caranya...tengoklah arah orang ramai berjalan...haaa..tu lah arah ke Tsukiji Market..hahahaha. Tu baru keluar dari station..dah sampai ke destination...haa..hamikk. Manusia bak lautan...amboi, gitu pulak andaiannya hehehe. Kami bayangkan Tsukiji Market ni sebesar Nijo Market di Sapporo nuu haa. Tapi salah sama sekali. Tsujiki Market ni sebesar 20 kali Nijo Market. Pepandai jer..tapi tulah..memang besar teramat. Manusia berhimpit berjalan. Kekadang saya terhimpit dan hampir terpisah dengan my sis. Market ni tak berbau busuk pun dan sangat bersih.


Stall jual makanan tak terkira banyaknya...keliru mindaku untuk memilihnya. Daku memcari stall yang tidak hanya menyajikan seafood mentah. Memadai jika seafood itu di panggang seketika. Cari dan terus cari sampai naik pening. Sesambil mencari..ku petik camera hp ku untuk snap apa yang dijual di sana

Inilah rupa wasabi sebelum di sagat 

Telur ikan..nyummy

Kaki saya terhenti melangkah apabila melihat mochi yang dihiasi sedap sebegini rupa. Saya beli satu jer. Angan-angan nak makan selepas lunch. Lorong area mochi ni tetiba stuck bila orang lain pun stop nak beli..hahaha...tak malu tiru..hahaha. Eh..lupa pulak pasal lunch bila dapat mochi...jom jom cari lunch

Wow..tuna head

Wow...scallop with sea urchin..gluppp...inilah kekesalan saya. Akibat nak simpan perut untuk lunch, saya terpaksa lupakan untuk try ni..huarghhhh 

Akhirnya kami jumpa satu restoran kecil dicelah-celah restoran kecil yang lain. Inilah restoran yang dicari kami. Ada menu seafood yang digrilled. Syukur teramat. Kami berdua tak suka seafood mentah. Saya dah pernah cuba..pastu muntah. Tak boleh lah makan mentah-mentah. Jom tengok apa kami makan...

Seafood heaven uolsss...ada salmon, udang, tuna, sotong biasa dan sotong kurita. So fresh. Tak sia-sia berhimpit-himpit dalam market ni..hehehe. Tempat kami duduk pun sangat selesa.

Kepuasan hari terakhir di Tokyo...muahahaha

Time for dessert!!!! Mochi ni sangat sedappppp...strawberry tu manisssss..kat dalam ada custard. Travel and food cannot be separate from me!!! 
Poyo!!!
\(o_o)/

Walaupun dah kenyang saya paksa diri sendiri makan telur gulung ni...isk tak bertenang langsung jika bab makan..anak sapa laaa

Dah kekenyangan, kami masih tengok jam..masih ada banyak masa lagi. Discuss punya discuss, kami decide nak ke Shinjuku. Sebenarnya tak pergipun tak pe sebab Shinjuku ni tempat shopping mewah..tapi just nak jamu mata jer sebab tak tau nak kemana dah. Sedang berjalan nak ke station, seseorang tegur kami. Rupa-rupanya dia offer nak bawa kami shopping area sekitar Tokyo. Ada mini bus tersadai di tepi jalan menunggu customer. Beberapa pamphlet diberi kepada kami. Dia recommend kami shopping di complex yang menjual halal food. Bila dia tahu kami nak ke Shinjuku, terus di promote mall area situ. Rupa-rupanya amoi yang tak amoi sangat tu macam promoter lah. Yang bestnya dia sediakan transport. Bertuahnya kami time tu...tak payah susah payah nak jalan jauh dan naik turun train..hahaha. 

Kami naik mini bus tu dengan senang hati. Kami disapa dengan driver dengan penuh hormat..respect lah kat brader driver tu. Amoi tak amoi sangat tu sikit-sikit boleh speaking english. So kami share-share lah experience kami selama 5 hari 4 malam tu. Saat-saat akhir kami di Tokyo dapat juga tengok view dari dalam mini bus tu. Tokyo sangat bersih dan tak jam pun. Dekat setengah jam jugak lah kami bersiar-siar secara free..hehehe. 

Diperkenalkan amoi tak amoi yang bawa kami ke Shinjuku. Thank you so much. Dia tunjukkan mall yang bertulis Loax untuk kami masuk. Dia tinggalkan kami betul-betul di depan mall tersebut. Tiada langsung paksaan untuk shopping kat mall tu ye. Dia siap suruh jalan-jalan ke Isetan dan macam-macam lagi mall sekitar tu. Toilet dalam mall tu sangat bersih. Tengah-tengah bershopping dengan my sis..then baru saya terfikir sesuatu. Isk kami ni, tak fikir langsung takut-takut amoi dan amoi tu dan brader driver tu kidnap kami berdua. Mudah sangat percaya. Tapi Alhdulillah tiada apa yang berlalu. Anda semua, jika jumpa mini bus kat atas ni, jangan takut-takut nak naik ye. InsyaAllah tiada apa-apa akan berlalu.

Isetan

Dengan entry ini..berakhir sudah lah kisah saya di Tokyo. Segala info dan pengalaman saya ni boleh dijadikan reference untuk anda yang memerlukannya. Saya sangat sukakan Japan. Jika diberi peluang, saya akan ke Japan lagi. Teringin sekali nak stay lebih lama di Lake Kawaguchiko, teringin lagi visit garden dan park di Tokyo maybe pada musim spring serta teringin lagi makan sepuas hati di Tsukiji Market. 

Setelah berkali-kali travel, banyak betul yang saya belajar..antaranya :-

  • Saya rasa saya semakin matang dalam kehidupan ketika ini. Saya rasa yakin untuk mencabar diri sendiri untuk memilih negara atau tempat yang lebih mencabar untuk di explore. 
  • Pernah dengar ayat "travel like a local"? Kekadang saya tanpa sedar apa yang saya buat seharian ketika berada di negara orang adalah seperti routine harian mereka juga. Naik public transport, eat local food, sembang dengan local people seolah-olah saya ni bukan tourist, bersantai seperti mereka, berjalan seiring local people walaupun di mana jua berada. Tanpa sedar saya dah seperti local peope..no worries..know where to go..feel normal..feel comfortable. Suatu perasaan yang sukar diungkap. 
  • So far saya makin sedar..when we are traveling, don't rush and don't force ourselves to cover all the interesting place..just buat mengikut kemampuan sendiri. Jika tidak, pelbagai masalah akan kita hadapi. Sebagai contoh, tired, exhausted, sick, no mood and etc. Dan kesannya, kita takkan dapat memorable trip. Ketenangan adalah kunci menjadikan sesuatu trip tu smooth..kekalutan menjadikan trip itu miserable. 
Di sini dulu lah saya berceloteh. Jika saya ada mood menulis, maybe saya akan sambung entry langkawi. Masih ada 2 months untuk next trip. Belum study apa sangat lagi pun...hehehe

Sayonara....

Be Like Wildflowers

$
0
0
Assalamualaikum..


Hi guys. Entry kali ni just santai-santai je. Saper kat sini suka tengok balik gambar-gambar travel yang tersimpan di computer, laptop atau hp?? Sudah pasti ramai kan? Memory indah saper lah nak lupakan...kan? Same to me. Tengah-tengah layan photo-photo, paaaappp..tertengok balik wildflowers yang saya snap. Minah bunga lah katakan. Bukan setakat snap photo bunga di taman, malahan di tepi rumah orang mahupun bunga kecik atas rumput..hehehe.

Setiap satu ciptaan Allah sebenarnya memberi pengajaran kepada kita. Sebagai contohnya, wildflowers boleh tumbuh di mana saja tanpa jagaan rapi. Kecantikannya..Subhanallah..tiada tolok bandingnya. Boleh dikatakan wildflowers ni adalah bunga terbiar. Kekadang tidak dipedulikan oleh orang. Tapi apa dia peduli. Dia terus kembang mekar dan berseri selalu. Begitu juga kita, tak kisah lah kita tak dipedulikan, kita masih boleh bernafas dan menghayati keindahan di dunia ini. Kita perlu lalui hari-hari dengan penuh bermakna dan tidak lah perlu menyesal dengan apa jua yang telah kita lakukan. Hiduplah dengan seadanya.

Wildflowers menyerikan alam ini dengan caranya sendiri. Kenapa kita tak boleh? Cukuplah kita serikan hari-hari kita dengan cara kita sendiri, tak perlu peduli dengan apa orang lain fikir.

I want to be like wildflowers...........

Jom layan photo......


Wildflowers ni saya snap ketika di Bruges, Belgium. 

Teguh betul bunga ni walaupun rumput di sekelilingnya hampir kering. Gambar ni saya snap time kat Seoul, Korea.

Alam ciptaan Allah yang penuh warna-warni. Photo ni saya snap time di Bruges, Belgium.

Photo ni pun saya snap time di Zaanse Schans. Bunga kuning yang tumbuh di tepi canal tu menyerikan lagi suasana. I love this moment.


Photo ni jua di Zaanse Schans, wildflowers putih tumbuh merata-rata..indah betul.


Excited betul time jumpa bunga ni..yang color putih tu boleh terbang bila ditiup angin. Pernah tengok dalam tv..hehehe. Ni pun saya jumpa time kat Zaanse Schans

Scandinavian Trip

$
0
0
Assalamualaikum...

Pada saat dan ketika ini, saya berada di bumi Norway. Cantik betul negara ni. Tak tergambar dengan kata-kata. Saya share beberapa photo yang saya snap sehari dua ni. InsyaAllah akan saya kongsi kisah saya pada masa akan datang. Untuk layan view yang menakjubkan..boleh ke IG saya @ akulovetravel. 



Bryggen



Narrow street 


Somewhere around Bergen

Fjord at Gudvagen


Scandinavian Trips - Intro

$
0
0
Assalamualaikum

Entry ni just intro saja..hehehe. Macam biasa, setiap kali trip saya pasti bersama travel buddy, my sis. Dan macam biasa, my sis lah yang rajin search sana sini utk dapat flight ticket yang kami mampu. Utk trip tahun ni, kami dah discuss negara mana yang bakal nak explore. Kami letak option lah. Contohnya, Switzerland, Istanbul dan etc. Kami letak Scandinavian option yang terakhir..kiranya berangan sipi-sipi jer lah. Ini disebabkan flight ticket termurah boleh dapat pun RM3k - RM4k keatas. Atas azam my sis try dan try, sekali dia dapat flight tic ke Sweden tak sampai RM2k...Thai Airways. Apa lagi, tanpa berlengah terus kami beli. Bayangkan RM1.9k return ke Scandinavian?? Memang rezeki kami lah kan. 

4 months to go..kami discuss sama-sama route yang sesuai untuk kami explore. Kami memilih 3 negara untuk kami explore. Ketiga-tiga negara itu hanya sebelah-sebelah je. Dah decide negara mana nak pergi, tugas my sis lagi nak arrange transport dari satu negara ke satu negara lain serta book hotel. Betapa senang lenangnya saya muahahaha. 

Menurut my sis, amat mencabar untuk dia arrange transport dari satu tempat ke satu tempat dengan terpaksa consider cost, masa dan kemudahan kami berdua. Untuk hotel pula, sedia maklumlah..memang sangat mahal. Disebabkan kami berdua jenis mementingkan keselesaan, memang nak tak nak terpaksa lah. Average hotel 1 nite dalam RM400 - RM500 satu malam..

Pengalaman travel sebelum-sebelum ni banyak mematangkan kami berdua. Kami dah sedia maklum, hari yang memerlukan kami travel dari satu tempat ke satu tempat amat meletihkan. Pasti bila sampai ke destination kami takkan larat nak start explore satu-satu tempat. Oleh itu, kami cuba elak stay di satu-satu tepat tu just satu malam. Nanti tak sempat nak buat apapun sebab tired. 

Saya summarize 10 hari trip saya kali ni ye :

Norway
Bergen - 3 hari 3 malam
Flam - 2 hari 2 malam

Denmark
Copenhagen - 2 hari 2 malam

Sweden
Stockholm - 3 hari 3 malam

Layan dulu gambar-gambar kat bawah ni...

Our trip's route. Dari KLIA kami naik Thai Airways kemudian transit selama 3 jam di Bangkok kemudian fly ke Stockholm lebih kurang 10 jam. Dalam beberapa jam di Stockholm, kami fly pula dengan Norwegian Air selama lebih kurang sejam lebih untuk ke Bergen, Norway. Kami stay 2 tempat di Norway..iaitu Bergen dan Flam. Dari Norway kami ke Copenhagen, Denmark fly dengan Norwegian Air jugak. Kemudiannya kami ke last destination, Stockholm, Sweden dengan menaiki train selama 5 jam.

Tourist spot yang famous di Bergen, Bryggen.

Menikmati panorama indah ketika perjalanan menaiki bus dari Bergen ke Gudvangen, kemudiannya kenaiki cruise untuk ke Flam.

Tak terucap betapa indahnya alam ciptaan Ilahi...Gudvangen fjord 

Menghirup udara segar di perkampungan kecil di Flam, Norway.

Menaiki Flambana Panoramic Train untuk ke Myrdal, Norway..walaupun ketika ini adalah spring, tak sangka masih penuh dengan snow. 

Deretan building lama yang colorful di Nyhavn, Denmark.

Menikmati keindahan spring di Copenhagen, Denmark.

Melalui celah-celah bangunan di Gamla Stan (Old Town) di Stokcholm, Sweden.

Menghayati kecantikan sakura di King's Garden (Kungsträdgården), Stockholm, Sweden.

Terlalu banyak memory indah yang terpahat di ingatan saya. Dan terlalu banyak kisah nak saya ceritakan. Trip ni boleh dikatakan 70% dijayakan oleh my sis. Another 30% tu untuk saya lah sikit..hahahaha. 30% tu sebabnya, time trip saya masak, saya take note attraction places yang kami pergi dan balik sini tulis blog, boleh la bila my sis baca dia boleh imbas kembali memory indah time trip...heheheh.

Scandinavian Trips (Norway - Bergen) Part 1

$
0
0
Assalamualaikum…


Tarik nafas...hembus...tarik nafas..hembus..tarik nafas..hembus..adjust kerusi..duduk bagi selesa..bukak tingkap supaya dapat udara segar..ikat rambut kemas-kemas supaya tak rimas. Ok..standby untuk menulis.


Memula sekali, saya ingin mengucap syukur tak terhingga kepada Allah SWT kerana :
1) Rezeki mendapat return ticket murah ke Sweden
2) Rezeki mendapat ticket murah dari satu negara ke negara yang lain
3) Rezeki menghayati alam ciptaan-Nya
4) Rezeki kemampuan, kesenangan, kemudahan, kesihatan dan keselamatan sepanjang trip
5) Rezeki cuaca yang cukup cerah yang menyinari segenap alam


Trip ni bermula pada 14/4/2017 sehinggalah 25/4/2017. Pada 14/4/2017, dari KLIA ke Bangkok adalah lebih kurang 2 jam. Transit selama 3 jam di Bangkok, kemudiannya menyambung perjalanan ke Stockholm, Sweden selama 10 jam pula. Perjalanan kami bukan setakat tu saja ye..kami stay di Arlanda Airport, Stockholm, Sweden dari pukul 9am sehinggalah pukul 1pm untuk ke Bergen, Norway dengan menaiki Norwegian Airways. Sebenarnya tak lama manapun nak tunggu next flight sebab kami perlu ambil luggage the drop luggage dan sebagainya.

Kenapa kami tak stay dulu di Stockholm kemudian baru fly ke Norway?? Kami rasa better begini jer..better sekali gus gini dari nak ke airport lagi setelah explore Stockholm. Maklumlah, nak pergi balik airport ni bukan dekat..campur tired lagi. Kiranya that day kami betul-betul bagi tired sekali gus lah..hehehe.


Matawang Norway, Denmark dan Sweden. Memang susah betul saya nak bezakan ketiga-tiga duit ni. Hari tu nak tukar duit agak susah. Banyak money changer takde ketiga-tiga matawang ni. Nasib baik ada 1 money changer di Sunway Pyramid - Spectrum Forex ada. Rate yang dia offer pun sangat ok. Kena queue sikit lah sebab orang ramai.


Inilah meal paling sedap yang Thai Airways sajikan. Nasi ni berlaukkan isi ikan yang disteam bersama daun kunyit dan daun limau..sedap sangat. Yang sangat best naik Thai Airways ni, bila masuk dan baru jer duduk, stewardess akan datang tanya adakah kami ni request for halal food. Dan makanan kami ni disajikan dahulu dari orang lain...wahh rasa macam special je..hehehe.


Untuk breakfast pula, saya lagi suka roti dari omelette tu. Roti boleh minta jer kalau tak cukup. 


Air turbulence agak teruk sepanjang dalam flight. Saya memang tak dapat nak lelapkan mata. Pergi toilet pun terhoyong-hayang..hahaha. Flight malam tu memang full..tapi diam jer. Tak dengar pun orang nak cakap-cakap atau baby nangis. Semua mat dan minah salleh naik flight tu sunburn. Maybe dorang datang berjemur kat Thailand yang panas. Kat negara dorang sejuk sangat kut...isk pepandai pulak..heehehe. Apa-apun syukur kami selamat sampai kat Sweden. 




Rasa nak lompat bila jenguk dari window flight dah nampak muka bumi Sweden.

Bila tengok rata-rata yang keluar dari perut flight just pakai t-shirt biasa dan seluar pendek. Kami dah tertanya-tanya, tak sejuk ke kat situ?? Kami memang tak standby baju yang proper. Semuanya just t-shirt sebab setahu kami nak pkai jacket jer sepanjang trip. Tak kan nak keluar duit beli baju kat sana pulak kan. Sure lah mahal. Tak pe...baca kisah seterusnya.

Nak melepasi imigresen sangat mudah. Tak perlu nak isi imigresen card pun. Cuma kena bersedia lah apa-apa document seperti ticket flight, booking hotel etc..dia akan mintak tengok. Untuk next flight ke Norway dengan menaiki Norwegian Airways, kita kena check in sendiri dan drop luggage sendiri ye. Memula tu saya panic jer, tapi my sis relax jer..hahaha. Mudah jer tengok dia print boarding pass, serta luggage tag sendiri. Kemudian pasang luggage tag dan pergi kat counter..confident giler lah dia ambil tempat scan macam kat shopping complex tu, then scan kat bar code luggage tag. Bila letak kat tempat drop luggage tu, luggage bag terus berlalu. Memang saya tak confident lah biar luggage saya berlalu gitu...hahaha. My sis dah penat nak explain..hahaha.


Di Arlanda Airport, terliur saya tengok pelbagai dessert yang menarik. Tengok harga..aduhai. Saya asyik lah convert. 35 Swedish Kroner dah nak dekat RM20 duit kita. Tapi percayalah, memula kita akan rasa luar biasa value duit yang diconvert, lama tak lama sangat, kita akan terbiasa.


Saya dah standby makanan untuk kami makan di airport. Ketupat nasi bersama serunding ayam dan bawang goreng. Terjadilah satu cerita, ketupat nasi ni tak habis kami makan. Letak lah dalam backpack. Time scan bag, imegresen minta izin nak tengok backpack. Dia keluarkan ketupat nasi  dan tanya itu apa. Kalau tengok rupa dah macam pack dadah kan?? hahaha. Dah explain semua, dia maybe gi discuss dengan pegawai atasan then di return dan cakap thank you, perfect sambil senyum. Arlanda airport ni sangat simple. Tak luas mana pun. 


Cost flight untuk Norwegian ni lebih kurang 50 Euro/person. Perjalanan just sejam jer. Yelah kan..just negara sebelah-sebelah jer. Bila dah kelihatan muka bumi Norway..hah?? snow?? Saya cakap dalam hati..maybe ni area tinggi-tinggi..tempat bakal kami explore confirm takde snow.


Setelah sejam perjalanan...sampailah kami. Rupa-rupanya Scandinavian Countries macam Europe, tak perlu chop passport dari negara ke satu negara. Dan time tu, bermulalah process nak explore Norway Ayuh kita...
Oh ye..for info, my luggage selamat sampai ye..hehehe


Tempat tujuan kami adalah Bergen. My sis dah book Flybussen ni awal-awal lagi. Just show booking then dia bagi resit. Just 20 minit perjalanan, cost untuk bus ni adalah 99 NOK...memang kena bersedia lah kalau dah sampai Norway, supaya tak pitam tengok harga-harga..hahaha. 100 NOK = RM59. Mineral water 500ml berharga 30 NOK...erk.

Untuk trip kami ni, kami standby penggunaan internet. Pernah dengar flexiroam? Sila google ye. Sebabnya adalah, senang untuk kami search dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan adanya internet ni, dapat kurangkan masa yang terbuang dan kurangkan rasa tired jika sesat. Memang sangat memudahkan kami. 


Hotel kami dari tempat bus stop just beberapa ratus meter jer..tapi begitu terseksa mengheret luggage bag...hahahaha. Dah la selepas turun dari bus kesejukan mencengkam badan..memang seksa tau...hahaha. Dengan cobblestone gini, luggage 360 deg roda pun memang takde function. Kita kena heret bag sambil roda tersangkut kat celah-celah cobblestone ni. 


Nama hotel yang kami stay ni adalah Scandic Neptun. Asalnya my sis book hotel yang namanya adalah Scandic Byparken. Lagi beberapa hari kami nak berangkat, my sis dapat email yang hotel tu terpaksa ditutup atas sebab-sebab yang tak dapat dielak. Kami diberi 2 hotel lain untuk dipilih tanpa dikenakan extra charge. Kami memilih Scandic Neptun ni disebabkan hotel ni yang paling dekat dengan attraction places. Pilihan kami tepat rupanya..memang dekat sangat nak kemana-mana. Dan hotel ni sangat-sangat selesa.


Kelaparan yang teramat sangat time tu..nasib baik ada bawa instant maggi. Makan refill energy sebelum nak keluar explore Bergen.


Lebih kurang pukul 4pm gitu kami keluar nak explore Bergen. Suasana agak gloomy tapi tak hujan. Sepanjang kami di Bergen, suhu antara 3°C hingga 7°C. Walaupun dah masuk spring sejak bulan March, tapi suasana macam masih winter. Rata-rata pokok hanya tumbuh tunas daun sikit jer..bungapun belum kembang.  


Hanya cross sebuah bangunan dan jalan, kami nampak view ni..so magnificent view, Bryggen. Bryggen ni adalah pelabuhan yang bersejarah di Bergen, Norway. Kiranya pusat perdangangan pada zaman dulu-dulu lah. Untuk that day, saya just tengok dari sebalik sungai ni jer..esok tu baru saya pergi dekat dah masuk dalam beberapa kedai yang menjual souvenir dia dalam bangunan-bangunan tu.


Tak jauh dari Bryggen, boleh nampak view deretan rumah di lereng-lereng bukit ni. Suasana ni amatlah menyenangkan dengan udara segar dan kicauan burung-burung. Bandar ni memang tak kelihatan bz.


Tak jauh dari tempat tengah layan view tu, ternampak lah fish market yang selalu saya baca dari official website visitbergen. Bila belek menu..erkkk..1 meal berharga nak dekat 200 NOK. Then my sis cakap...takpe..kita try makan kali ni. Tapi time tu kami masih kenyang makan maggi. Fish market ni pula tutup pukul 11pm..then kami decide nak datang lagi untuk dinner maybe pukul 8pm gitu.


Dengan sisa energy yang makin berkurangan, kami just jalan-jalan area hotel jer. Happy saya jumpa bunga..hehehe. Cantiknya daffodils ni.


Bila sampai jer kat taman, energy makin gone. Kami decide nak balik tidur kejap kemudian keluar untuk dinner dan layan sunset. Yang sangat kelakar, my sis tanpa buang tudung dan sweater terus tidur dan saya just nak baring-baring jer terus terlelap. Bila sedar jer, tengok jam dah nak dekat pukul 11pm. Kalau tak salah, saya terlelap dari pukul 6pm. Memang tired sangat lah kami..hahaha. My sis terjaga selepas tu terus bergegas nak ajak keluar..then saya cakap..dah terlambat..gi tidur balik..nak kul 11 dah..hahaha. 

Berakhir sudah 1st day kami di Bergen, Norway. Tunggu next story saya untuk the next day in Bergen ye...ada banyak view menarik saya nak share.



Scandinavian Trips (Norway - Bergen) Part 2

$
0
0
Assalamualaikum....


Day 2 in Bergen, Norway.

Tak sabar betul nak explore Bergen dengan keadaan saya dah betul-betul fresh dan energetic gitu..hehehe. Kami ada 1 full day untuk explore Bergen. Untuk the next day tu kami akan menuju ke tempat lain. Saya kenakan pakaian yang boleh menahan kesejukan. Seriously, Bergen sangat lah sejuk. Langsung tak macam spring..totally macam winter.

Di Scandic Neptun nilah satu-satunya hotel yang kami dapat free breakfast disepanjang trip. Memang saya takkan lepaskan peluang lah nak makan roti yang berjenis-jenis..hahaha. 

Macam banyak untuk dimakan berduakan?? Sebenarnya saya ambik simpan sikit dalam handbag..hehehe.

Bila nak keluar dari hotel..hujan kat luar. Sejuknya mencengkam sehingga ke tulang. Time tu dah pukul 9am lebih. Kalau kami tunggu hujan stop, macam bazir masa. Saya cuba berjalan dalam hujan..ohh..rintik-rintik jer. So kami redah jer lah. Lagipun attraction places memang sekitar hotel jer..semuanya walking distance. Saya ni suka sangat tengok langit biru cerah di negara orang. Birunya lain betul dari biru langit di Malaysia. Saya berdoa sangat moga ada kesempatan melihat langit biru untuk hari tu.

Tempat pertama yang kami nai tujui adalah Bryggen. Rasa excited sangat bila tengok view yang asyik sebelum datang tengok dari internet jer. Jom layan photo...


Walaupun gerimis, kesejukkannya memang tak dapat nak tahan..gigih juga berjalan.

Building ni tak jauh dari hotel kami, bahagian bawah tu adalah fish market..yang atas tu tourist information.

Kedaipun banyak belum buka time ni walaupun dah pukul 9.30am


Suka tengok suasana ni..sambil berjalan ke Bryggen sambil snap view mana-mana yang menarik..setiap sudut Bergen menarik hati saya.

Time memang dah tak tahan sangat dengan sejuk..lalu mencari haba panas di souvenir shop dalam building lama (termasuk dalam UNESCO’s World Heritage List) kat belakang saya tu sambil-sambil beli souvenir 

Banyak betul souvenir yang harganya tak mampu milik...hehehe. 

42 NOK untuk satu FM..dalam RM20 lebih. Mampu beli untuk diri sendiri dan mak :)

Pintu souvenir shop ni senget sebab nak ikut sengetnya bangunan ni..hahaha. Souvenir shop ni bukan saja ada di bahagian depan deretan bangunan-bangunan lama ni..tapi juga di celah-celah bahagian tepi/ lorong antara bangunan..jom tengok kt bawah

Bangunan lama ni totally diperbuat daripada kayu...ohh..baru tahu


Ada rumah ala-ala rumah ahli sihir di celah antara bangunan lama tu.


Bila tembus ke belakang bangunan lama tu...nampak view ni.

Kemudianya saya cakap kat my sis..jom jalan dalam beberapa minit dari Bryggen kita ke satu tempat yang saya pun tak tahu tu apa. Saya terjumpa time street view dari google map...hahaha. Teringin nak pergi sebab nak bergambar je dan dekat jer dari tempat kami berada

Gini lah tempat yang saya cakap tu..tak tau tempat apa..cuma suka tengok design kat sini yang penuh berbatu..unik.


Besar benar ketulan batu dibuat dinding tu..tingkap tu alahai..comel je..hehe

Area tempat yang tak tahu apa tu ada taman kecik..macam biasa lah di Bergen ni..pokok belum keluar daun betul-betul lagi walaupun dah spring.


Bunga ni mesti cantik bila dah kembang mekar.


Daffodil...

View tak jauh dari taman tu.

Syok tengok deretan pokok ni..sayapun standby lah nak bergambar..my sis lah photographer nya...tengah syok2 posing..tetiba..kelepappp..panic saya tengok bila jaket my sis penuh dengan taik burung. Bukan sikit tau...banyak jer..hahaha. Tak tau nak kesian ke nak gelak time tu..hahaha. Jenuh pulak lak lap dengan wet tissue untuk buang tahi burung tu..hahaha. Apa lagi..bergegas lah kami balik ke hotel. Nasib baik hotel dekat jer..hahaha.

On the way nak berjalan balik tu..tetiba cuaca bertukar cerah..langit biru terang menunjuk rupa. Awan gelap bertukar putih bak kapas..hatiku riang. 

Nantikan next entry untuk baca activity kami seterusnya.....

Scandinavian Trips (Norway - Bergen) Part 3

$
0
0
Assalamualaikum..

Berjumpa lagi kita untuk cerita yang seterusnya. Cerita saya ni masih lagi di hari ke-2 di Bergen, Norway yee. Setelah settle membersihkan tahi burung di jacket my sis..kami keluar semula. Benda pertama yang kami nak lakukan adalah..lunch. Tempat yang kami tujui adalah Fish Market lah. Daripada malam pertama di Bergen kami berkira-kira nak dinner kat situ, tetapi boleh pergi tertidur sebab jet lag..hahaha.

Harga makanan di Fish Market ni kami dah agak tahu..kamipun memang bersedia lah nak kuarkan duit sebab kami fikir, hanya that day berkesempatan nak merasa makanan kat situ sebab kami bakal meninggalkan Bergen keesokan hari.

Sebelum decide nak makan kat restaurant yang mana satu, kami round dulu market yang tertutup tu. Tengok salmon ni..Gravraxs. Saya makan salmon ni time breakfast di hotel. Sedap jugak. Pernah tengok cara nak masak salmon ni..just gunakan garam, gula dan dill. Bungkus dan simpan dalam fridge..tak masak pun. Sedap tau...

Restaurant dalam Fish Market tu just 3-4 buah jer. Kami random jer pilih restaurant. My sis order creamy mussle dan saya order prawn with rice. Sebelum order, kena lah confirm dulu yang dorang ada letak wine ke tak. Selalunya untuk seafood, dorang akan letak wine untuk hilangkan hanyir. Bila ditanya, yes dorang memang letak wine. Berkali-kali saya remind jangan letak wine..waiter tu menyakinkan kami dia takkan letak wine. Untuk satu meal ni harganya lebih kurang 180 NOK. Memang mahal lah kan. Apa salahnya untuk sekali tu jer makan..hehehe. Untuk plain water, dorang tak charge. Taste makanan kami order ni kira sangat ok. Seafood dan salad sangatlah fresh. Eh..macam mana ada nasi di Norway??? hehehe..saya rasa sebab chef kat sini ada yang Japanese..boleh dapat nasi dah juga sushi kat Fish Market ni.

Dah settle lunch semua..kami nak sambung explore Bergen. Seronok betul bila tengok cuaca yang suram di waktu pagi sudah bertukar menjadi cerah di waktu tengahari. Langit biru mula kelihatan. Cantik betul Bergen di waktu cuaca sebegitu.


View Bryggen yang saya snap dari Fish Market

Kami berjalan menuju counter ticket yang building putih tu untuk ke Mount Floyen. Ada tram yang boleh bawa kita ke Mount Floyen dengan bayaran 90 NOK. Dari atas Mount Floyen ni boleh nampak view Bergen. Malangnya time kami nak beli ticket, amoi jual ticket tu cakap ada technical problem..tram tak dapat nak operate. Dia tak dapat nak confirm bila boleh operate macam biasa. 

Saya bagi idea kat my sis..apa kata gi narrow street dulu..then dia ok. Untuk ke narrow street tu, start dari belakang building putih tu jer. Apa ada di narrow street?? Sebenarnya narrow street ni adalah sebuah perumahan area Bergen ni. Rumah-rumah area tu rapat-rapat dan comel-comel. Terletak pula dilereng Mount Floyen. Bila susuri jalan di narrow street ni, kita seolah-olah mendaki jalan yang berbukit. Activity nilah saya nak sangat buat sebelum ke Norway ni. Syukur tercapai jua impian..hehehe. Jom layan photo...

Hmm..tempat ni sangat aman tenteram, bersih, cantik and unik.

Perumahan ni sunyi sangat...tak nampak rupa macam ada orang. Sesekali jumpa tourists macam kami..tak ramai sangat. Yang lagi satu saya perasan, dorang ni takde kereta ke?? Kalau ada tak kan park kat bawah nu..jenuh jugak nak menapak..pelik..pelik. Dari pembacaan saya, penduduk kat area ni tak kisahpun tourist jalan-jalan area ni.


Suka tengok view ni...i wish one of the house is mine...

Kalau permukaan jalan terlalu curam..cobble stone disusun bertangga gini pulak..

Disebabkan rumah rapat-rapat sangat..tanam pokok bunga depan pintu gini pun boleh..hehe

Aduhai kecik betul pintu ni...kalau orang gemuk tak muat nak masuk..

Standard pintu gini pula..orang tinggi kena tunduk nak masuk..hehehe..

suka sangat lah saya tengok depan rumah-rumah kat sini..

YANG PALING BEST SEKALI...SAYA JUMPA BUNGAAAAA....

Saya rasa bunga ni sejenis daisy

Tulips yang comel di depan sebuah rumah

Bunga ni belum kembang

Purple+blue bell flowers..letak nama sendiri..hehehe

Nama bunga ni Grape Hyacinth...yang paling saya suka tengok...kalau kembang lagi cantik. Yang kembang saya jumpa di Denmark kalau tak salah...nanti saya share.

Saya tanya adik saya...saya tunjuk kat mak ke photo saya dari facebook atau IG..then dia cakap ada...tapi mak lebih berminat nak tengok photo bunga yang saya share daripada photo saya bergambar dengan view...hahahaha. Like mom like daughter..haha

Greens make me fall in love with nature

Panjat punya panjat, akhirnya kami disajikan dengan view bumbung rumah

Teringat quote "Life is a climb. But the view is great"...it absolutely right!!!

Tolonglah jangan kisah saya letak photo terlalu banyak dalam entry ni..hahaha...sebab saya sangat suka semua photo yang saya snap..heheheh

Ayuh turun..time ni tetiba sejuk giler..hujan turun tapi tak berapa lebat. Rupa-rupanya yang turun tu bukan hujan, tapi ketulan ice sebesar 1mm gitu..ohhh patutlah sejuk sangat. Ice tu turun tak lamapun..dalam 5 minit gitu

Hari masih lagi awal. Kami masih berharap agak Mount Floyen tram akan ok. Kami ingin cuba lagi ke counter ticket tram tu selepas kami ke Bergen Central Station. Tujuan ke sana adalah untuk beli bus ticket ke Gudvangen keesokkan hari. Kisah ke Gudvangen tu saya akan cerita nanti-nanti ye. Untuk ke central station, kami perlu melalui sebuah taman yang sangat luas. Di tengah taman ni terdapat sebuah kolam yang sangat luas.

Bestnya tengok deretan rumah kat atas bukit tu...

Taman ni memang best..yang tak bestnya, anjing banyak sangat.

Bunga disekitar taman

View ni saya snap on the way ke central station


Bila dah sampai central station, tak jumpa pula information counter ataupun ticket counter. Saya macam biasa lah...menggelabah lah...apa taknya..takut tak dapat tengok fjord esok tu. My sis dah cakap dah esok tu boleh jer beli kat driver bus..tapi saya degil nak datang check kat station awal-awal. Risau betul saya ni...my sis cool jer...hahaha. Walaupun my sis dah berapa kali yakinkan saya...saya still risau jer. Haishh..my sis jer leh tahan perangai saya ni...hahaha. 

Activity kami that day belum selesai ye. Kami balik lagi sekali ke hotel untuk rest kemudian keluar lagi bila nak senja. Tujuan kami adalah nak tengok sunset di Mount Floyen. Bila sampai di counter ticket..alahai..still tak operate lagi. Amoi tu macam bagi harapan yang tak lama lagi dah boleh ok..kami tunggu dalam kesejukkan. Syukur, 5 minit selepas tu tram tu dah ok..

Jommmm...

Mount Floyen tram ni bukan saja berperanan sebagai transport untuk tourist naik ke Mount Floyen, ia juga adalah public transport bagi penduduk yang duduk di lereng-lereng bukit tu..ohh baru lah tau...sebelum sampai di last station puncak Mount Floyen, tram ni akan stop di beberapa station. Tram ni ala-ala tram yang dekat Hong Kong tu..The Peak.

Bergen disimbahi cahaya senja..

I missed this moment

Di Mount Floyen ni boleh juga buat activity hiking ataupun jungle tracking...macam kami ni dah sampai nak dekat senja, tak elok lah masuk hutan..hehehe.

Asalnya nak tunggu sampai matahari menghilangkan diri..tapi kami dah tak tahan sangat sejuk. Last tram untuk ke bawah adalah 9pm..sunset pula nak dekat 9pm..macam tak sesuai pulak kan. Kang terlepas tram mahu pengsan nak turun ke bawah..hehe.


Jom turun...tram ni melalui dicelah-celah batuan gunung, tepi dan bawah rumah orang

Bergen disimbahi cahaya keemasan...love this moment

 
Suasana yang amat tenang. One full day kami spent di Bergen. Lebih dari cukup sebenarnya sebabnya semua attraction places sekitar hotel saja. Yang buat saya suka sangat Bergen kerana...bandar kecil ni sangat bersih..setiap sudut semuanya cantik..rumah-rumah di lereng bukit sangat cantik tersusun dan berwarna-warni..bandar ni juga tak terlalu bz dan tak terlalu sunyi..dan saya cukup puas dengan experience yang saya lalui di sepanjang hari di Bergen..experience yang tiada nilainya.

Sebelum balik ke hotel kami singgah lagi di Fish Market..saya ingin cuba makan smoked herring yang diceritakan oleh mulan dalam blog beliau http://o-mulan.blogspot.com. Makan besar lah kami berdua malam tu..hahahaha. Smoked herring sebesar tu harganya adalah 30 NOK. My sis suka sangat smoked herring ni. Ikan ni ada banyak tulang tapi tulang tu tak keras dan tajam sangat..kalau termakan pun tak bahaya..hehehe.

Untuk next entry..tak sabar saya nak cerita our highlight in this Scandinavian trips, iaitu..Norway in a Nutshell. Saya akan share photo yang alam ciptaan Allah yang amat luas dan sangat mengagumkan :)

Ok dah...gi exercise jari yang lenguh sebab banyak scroll..ehehehe.

Bai 

Scandinavian Trips (Norway - Bergen to Gudvange) Part 4

$
0
0
Assalamualaikum..


Inilah entry yang paling saya tak sabar nak share. Ehhh...dengar macam best jer..haaa...memang best baq hang!!! Saya selalu ingat pesanan mak..jangan syok sangat, nanti nangis. Just relax..cool..sederhana..InsyaAllah semua akan jadi smooth. Time kecik-kecik dulu memang tergedik-gedik syok..main sana..main sini..last-last nangis sebab jatuh ke..gaduh ke ngan kawan..macam-macam lah. Kiranya saya belajar dari nasihat mak dan juga pengalaman hidup :)

Ok..hari ke-3 di Bergen. Pagi tu kami akan menempuh perjalanan yang agak panjang untuk menyaksikan fjord. So, pagi tu saya makan dengan bersungguh-sungguhnya..hehe. 

Discuss punya discuss akhirnya kami decide nak tinggalkan luggage bag di Scandic Neptun hotel. Walaupun kami dah check-out, hotel ni tak kisah kami tinggalkan luggage. Tempat simpanan luggage pun amat meyakinkan..perlu key-in password untuk masuk. Kami just pakai bagpack jer..bawa apa yang perlu. Lagipun kami akan kembali semula ke Bergen sebelum ke airport untuk ke Denmark. Dan kami tak perlu nak asyik heret luggage bag dengan susah payahnya..hehehe. 


Buffet breakfast at Scandic Neptun...croissant tu rasanya saya makan 4 ketul...hahaha 

Perjalanan jauh kami that day merangkumi....
1) Bergen to Gudvangen - lebih kurang 2 jam lebih dengan menaiki bus
2) Gudvangen to Flam - lebih kurang 2 jam lebih dengan menaiki cruise

Pernah dengar Norway in a Nutshell? Sayapun tak pernah dengar. Bila dah decide nak ke Norway, me and my sis study lah nak ke mana di Norway kan. Time tu lah baru tahu pasal Norway in a Nutshell. Jika ikut website Visit Bergen, kita boleh book tour Norway in a Nutshell dari agent. Dan tour ini boleh dilakukan dalam 1 day saja. Kami jadikan tour tu sebagai reference, tapi kami DIY. Ternyata DIY lebih save. Reference? Boleh dikatakan takde reference sebab tak banyak orang tulis blog macam style kami ni. Mostly lengkapkan tour walau DIY adalah dari Oslo - Myrdal - Flam - Gudvangen - Voss - dan berakhir di Bergen

Our style pula... Bergen - Gudvagen -  Flam (stay 2 nites) - Myrdal - Bergen. Sepatutnya, kami kena naik train ke Voss dari Bergen dulu then naik bus ke Gudvangen. Malangnya, train yang kami book telah reschedule dan dapat nak match time dengan cruise ke Flam. Nasib baik boleh refund. Akhirnya kami terpaksa naik bus direct dari Bergen ke Gudvangen. Kami just lalu jer Voss tu. Dan ada hikmah sebenarnya. Pertama, kami tak perlu nak tukar train nak naik pula bus..terus direct jer bus. Dan kedua, kami boleh hayati view disepanjang jalan. Jika naik train, agak laju train tu dan tak dapat nak snap view yang cantik.

Oh ye..apa tu Norway in a Nutshell?? Norway in a Nutshell ni adalah tour yang memerlukan kita naik bus, train dan cruise untuk menyaksikan keindahan fjord, gunung-ganang, rumah-rumah dilereng-lereng gunung dan banyak lagi keindahan alam. Saya sangat recommend anda cuba tour ni jika ke Norway...amat-amat worth. 

Ok..jom saya mulakan pengalaman saya ye. Setelah kami simpan luggage bag, kami pun bergerak ke bus station. Just berjalan kaki dalam 10 minit gitu. Cuaca that day sangat cantik. Perjalanan 10 minit menjadi setengah jam sebab kami asyik stop bergambar...hahaha. 


Bergambar di sekitar taman..rasanya dah masuk 3 kali saya bergambar kat area ni sepanjang di Bergen...hahaha.

Rasanya ni sakura..sekarang ni saya tengok IG Bergen, bunga ni dah kembang. Mulanya frust jugaklah tak dapat tengok sakura di Norway, tapi saya jumpa di Denmark dan Sweden..teruskan membaca untuk kisah seterusnya di kedua negara tu.

Cuaca that day sangatlah cun...

Pink hyacinth

Bus station tu adalah open..kesejukkan lah menunggu bus. Perlu diingatkan..memang takde counter beli ticket ye..boleh beli dari machine ataupun dari bus driver. Kami memilih beli dari bus driver. Syukur bus yang kami tunggu tiba dan betul menghala ke tempat tujuan kami. Kebimbangan saya berakhir..hehehe. Free seat ye..make sure pilih di sebelah kiri, sebab the view is awesome. Jom layan photo

Station bus. Sila download apps google map..anda boleh nampak pukul berapa bus ke Gudvangen E16 dan nak tunggu di platform mana satu. Platform banyak tau kat sini. Kami memilih bus ke Gudvangen yang pukul 11am lebih sebab nak macthkan dengan cruise kami ke Flam dari Gudvangen tu. 

Saya snap dari bus station

Beli ticket dari bus driver.

So, bermulalah our journey untuk menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT. Believe me..2 hrs plus punya journey ni terasa sekejap sangat. Tak sempat nak samdar kut kat seat kut..hahahaha. Ehh....betul maaa..happen to me...hahaha. Kiri kanan view cun melecun. Sekejap snap sekejap rakam view. Nasib baik ada seat belt, taklah jatuh tergolek lah bila driver lalu area selekoh tajam...tak sandar kat seat lah katakan..hahaha. Tunnel pun banyak...ada panjang ada pendek. Dan setiap kali keluar tunnel..siap-siap standby camera..sebab?? Setiap kali keluar tunnel ada saja surprise view cantik. Tak tergambar betapa cantiknya view sepanjang ke Gudvangen ni. Cakap banyak tak mau..jom layan photo... 

Sekitar Bergen masih nampak perumahan yang agak padat.

Makin menjauhi Bergen, dah jarang-jarang jumpa rumah. Yang jumpa pun jarang antara rumah agak jauh.

Tunnel

 
Perjalanan kami disajikan view yang magnificent..cantik sangat. Time ni kami rasa ni lah view tercantik kami tengok...rupa-rupanya ada yang lagi cantik lagi...Subhanallah.

Kemudian nampak pula tompok-tompok snow..hah?? snow?? Lagi rancak snap sana sini..hahahha 

tompokan snow makin kelihatan

Bus ni banyak juga stopnya..macam kat atas ni..nilah bus stop. Rasanya time tu kami berdua jer tourist..hahaha.

Sekitar Voss. Kalau kami naik kereta sendiri..boleh lah stop tengok waterfall tu dekat-dekat. 

Suka tengok rumah-rumah orang kat sini...cute dan cat yang cantik.

Akhirnya kami sampai Gudvangen E16. Memang betul tekaan saya..hanya kami tourist yang turun kat sini..hahaha. Gudvangen E16 ni bukan last stop tau...so kena alert time nak turun tu. Dah turun dari bus..haa hamik..sejuk ngeletar..hahaha.

Dari main road kena berjalan ke arah bridge nu ha untuk ke jetty cruise. Ayuhh kita...

Sebelum cross bridge tu..kami gi toilet kat building tu..free tak yah bayar. Kemudian ada kedai runcit kat situ..kami beli roti dan hot coffee untuk lunch.

Our lunch...ada disediakan kerusi meja area ni. Macam R&R lah tempat ni. Banyak orang stop untuk lepak macam kami.

Sambil-sambil makan tu layan lah view..Kat puncak gunung tu boleh nampak snow mencair jadi waterfall..amazing!!!

Tak tahu ni rumah atau apa..just sebuah ni jer..

Jom cross bridge...kami kesejukkan time ni. Luar biasa sangat sejuknya walaupun nampak suasana seolah-olah panas. Target kami nak masuk dalam souvenir shop tu untuk panaskan badan. 

View ketika cross bridge

Suka tengok bunga ni

 
 Niat nak masuk ke souvenir shop ditangguhkan bila tengok view fjord..Subhanallah cantiknya. Teringat movie2 yang saya tengok dalam TV. 

Sampan Viking

Boleh lepak kat sini kalau tahan sejuk

Yesss..I'm here!!!

Kalau rumah traditional Scandinavian, dorang memang biar rumput tumbuh (roof turf) kat atas bumbung..unik.

 Macam-macam souvenir dalam kedai ni..jacket pun ada jual. Macam biasalah...harganya luar biasa mahal..hahaha. Kita boleh jer guna toilet atau lepak-lepak dalam ni. Ada banyak seat. Ada cafe juga dalam ni. Rasanya, kami tunggu cruise dalam 3 jam juga lah. Tapi tak terasa lamapun.

Tak lama lepas tu, segerombolan midland chinese serbu dalam kedai tu. Saya dah sedia maklum, dorang ni something sikit..hahaha. Kekadang takde adab pun. Dah banyak tempat saya pergi akan jumpa dorang yang ramai giler tu. Dah la bising giler..pening dibuatnya..haha. Port kita bergambar pun dorang dengan muka tak malu boleh jer block kita..cerita betul ni tau..haha. Saya ada baca dalam blog mat salleh ni..dia asyik complaint jer midland chinese ni spoil kan tour Norway in a Nutshell. Time kami berdua dah berubah muka jadi pucat...hahaha. Takkan our trip naik cruise akan spoil?? 

Syukur sangat...rupa-rupanya group midland chinese ni ada private boat. Lega teramat. Ehh..tapi kan..takkan kami berdua jer nak naik cruise yang besar tu..hahaha. Datang pula gabra saya....hahaha. My sis terus geleng kepala tengok perangai saya..hahaha. Yala..kalau kat Malaysia bus express tu tak jalan selagi orang tak penuh..saya terguna konsep tu pulak...hahaha. 

Ohhh....ada jer orang datang..tu haa bus orang Korea..haha. Saya sempat sembang dengan tourist guide Korean ni..dia sorang jer jaga sampai penumpang dari 2 buah bus tu. Dia cakap dia pernah bawa orang ke Langkawi..dia cakap best.

Bai Gudvangen..

Di sini dulu lah ek..pengalaman atas cruise saya cerita dalam next entry lah ek. Tak larat pula nak taip. 


Scandinavian Trips (Norway - Flam) Part 5

$
0
0
Assalamualaikum...

Tak patut biarkan entry pasal Norway in a Nutshell tertangguh lama-lama, so jom teruskan mengikuti cerita seterusnya.

Cruise yang ditunggu tiba di Gudvangen. Pekerja cruise ni langsung tak check booking kami dan juga group dari Korea tu. Cruise ni ada 2 tingkat. Kami memilih tingkat bawah jer dan duduk di bahagian depan sekali. Dalam cruise ni ada cafe ye.

Kalau naik bus dari Bergen ke Gudvangen saya sampai tak sempat nak sandar kat seat..apa pulak jadinya bila atas cruise pulak?? Hmmm...saya jarang-jarang jer duduk uols..hahahah. Memang tak tentu arah jadinya. Sepanjang perjalanan disajikan dengan view yang cukup mengagumkan. Apakah itu fjord?? Kat bawah ni info yang saya dapat dari internet :

"A fjord is formed when a glacier retreats, after carving its typical U-shaped valley, and the sea fills the resulting valley floor. This forms a narrow, steep sided inlet (sometimes deeper than 1300 metres) connected to the sea."

Tak ramai orang yang keluar untuk bergambar di bahagian luar cruise ni. Keadaan kat luar ni memang sangat sejuk. Kesejukkannya seolah-olah duduk di dalam air yang penuh ice..hahaha. Itulah andaian yang dapat saya berikan. Kalau terlalu lama kat luar ni, sure otak boleh beku...nipun andaian saya lagi..hehehe.

Bahagian dalam cruise yang sangat selesa.

Dari jauh kelihatan ruang yang akan dilalui cruise amat sempit...


 
Makin dekat..begini pula keadaannya..

Sebenarnya tak sempit pun...bentuk laluan ni yang tak straight membuatkan laluan nampak macam sempit

My sis memang tak mampu nak bertahan dalam keadaan yang sejuk tu..sesekali jer dia terpaksa keluar untuk snap photo saya..kesian dia..hehehe. Saya pula, kejap keluar..kejap masuk..banyak kali jugak lah..bila tak tahan tu masuk balik untuk dapatkan haba panas.
  
Ciptaan Allah SWT yang sungguh hebat!!! Walaupun photo yang saya snap tidak lah setanding photo yang disnap oleh para photographer, tapi saya lagi suka photo yang saya snap...hehehe. 


This is the best moment to me!!!


Kelihatan rumah-rumah di lereng-lereng gunung..macam mana lah penduduk kat sini nak kemana-mana?? 

Photo ni saya snap guna compact camera..suka tengok hasilnya..agak sharp walaupun saya zoom. Gambar lain mostly guna hp...tetiba rasa nyesal sebab jarang guna camera


Snow di puncak gunung. Perasaan time ni seolah-olah tak percaya saya menyaksikan semua ni dengan mata saya sendiri dan bukannya dari kaca tv. Dan cuaca...syukur Ya Allah memberi kami merasai peluang menyaksikan bumi ciptaanMu dengan cuaca yang amat baik sekali..tak terungkap dengan kata-kata keindahan ciptaanMu..Ya Allah!!!


 
Bila dah makin nak menghampiri tempat stop kami iaitu Flam, kelihatan penempatan yang semakin bertambah. Alangkah bestnya penduduk kat sini, hari-hari bangun tidur boleh tengok view gunung dan sungai...bak kata orang terapi kesihatan.


Laluan fjord berakhir di sini rupanya. Inilah penghujung sungai..ohhh..baru tau.


Hai Flam..seharian perjalanan akhirnya kita ketemu..so beautiful village!!!


Cruise makin menghampiri perlabuhan di Flam


Mall of Flam di belakang saya...

Visitor center ni dah tutup time kami sampai..segala kedai semua dah tutup, Tak salah saya time ni dalam pukul 7pm gitu. Kami sangat kelaparan time ni.


Mall of Flam yang sunyi sepi


Kami berjalan mengahala ke hostel yang dah booked...tak jauh pun..2-3 minit berjalan jer.


Dari Mall of Flam..kami cross sungai


Taraaa...dah sampai Flam Hostel. Pondok kecik nilah reception hostel ni dan juga kedai runcit. Kami sampai ngam-ngam dia nak close.


Area hostel..dah aim dah basikal tu untuk activity kami keesokkan hari...hehehe


Bila dah siap bayar semua..kami diberi access card dan juga bed sheet. Kita perlu pasang sendiri bed sheet yerr...jom tengok bilik kami. 1st experience to me..rasa excited pulak....hehehe.


Bilik kami sangat comfortable...saya suka dengan perabot hostel ni...perabot Ikea.


Katil...time ni belum pasang bed sheet.


View sebelah pintu pula...


Ruang mandi dan toilet di asingkan. Kami tersangat puas hati dengan keadaan bilik kami ni. Bersih dan sangat selesa. Kami akan stay untuk 2 nites.

View dari tingkap bilik.

Tanpa berlengah, kami keluarkan semua peralatan nak masak. Kelaparan giler dah time tu. Kitchen kat hostel ni boleh digunakan anytime. Kitchen ni sangat bersih dan kemas. Time kami nak prepare makanan tu..ada beberapa mat dan minah salleh gotong-royong masak-masak. Kecoh lah dorang tu dok masak..ada la dalam 10 orang gitu. Kami just nak masak nasi jer..nak makan dengan sambal ikan bilis..


 Time kami dapat makan...mat ngan minah salleh tu still tak siap-siap masak..hahaha. Aroma nasi panas dari rice cooker kami membuatkan semua orang asyik pandang. Mesti la dorang pelik..kami just duduk jer kat meja..tetiba nasi masak dan bau harum..hahahha. 

Bila dah kenyang, kami keluar lawat area sekitar hostel. Tak sangka betul time tu kami stay di mana gunung-ganang disekeliling kami. Sungguh menakjubkan...di antara celah puncak gunung, terdapat pula waterfall yang tak berapa besar..maybe waterfall yang terhasil dari snow yang cair. Walaupun masa menganjak ke pukul 8pm lebih, suasana seolah-olah pada pukul 6pm gitu. 


 
Sekitar hostel


Mega-mega merah semakin kelihatan ketika jam 9pm


 
View yang saya snap dari tingkap bilik...satu perasaan yang sukar nak diungkap kan ketika ini. Sunyi, tenang, aman dan damai.

Malam tu saya asyik pandang ke tingkap..walaupun dah pukul 11pm langit masih cerah. Rasanya bila dah 12 tengah malam ke atas, suasana barulah betul-betul kelam. Tak sabar nak tunggu esok tu untuk explore Flam. Ok, guys...let's check-out what we do the next day in this tiny village, Flam.

Bai.

Scandinavian Trips (Norway - Flam) Part 6

$
0
0
Assalamualaikum...

Perasaan nak menulis masih berkobar-kobar..harap-harap kekal lah perasaan ini ye..hehehe. Ok...jom sambung kisah di Flam, Norway.

Pagi tu kami decide nak breakfast di restaurant area Mall of Flam tu. Untung betul duduk di Flam Hostel yang tak jauh pun nak berjalan ke Mall of Flam. Cuaca that morning memang awesome. Langit membiru dan matahari bersinar terang. Tenang rasanya, sebab jarang-jarang kenderaan bergerak di jalan raya. Orang yang stay di hostel pun takdelah ramaipun..so bertambahlah tenteramnya jiwa ni. Burung-burung berkicau riang..seriang hatiku ketika itu. Pandang lah mana-mana tempatpun..setiap sudut indah sekali. Jom layan photo sekitar hostel...

Inilah building hotel yang saya stay tu..dinding hotel ni semua diperbuat daripada kayu. Bilik saya bahagian bawah. Tingkap yang kedua dari kanan tu adalah bilik saya.

Building hostel yang berhadapan building hostel yang saya stay tu

Saya tak pasti yang bakal tunjukkan rupa ni adalah bunga atau daun

Kami ada 1 full day di Flam that day. Selalunya orang yang buat Norway in a Nutshell ni, hanya jadikan Flam ni sebagai persinggahan untuk naik pula Flambana Train untuk ke Mrydal dan seterusnya ke Bergen ataupun Oslo. Setelah berakhirnya di Bergen atau Oslo, makanya...complete lah Norway in a Nutshell. Tapi ada sedikit berbeza yang kami lakukan. Kami stay 2 malam ni Flam. Stay di Flam sangat recommended ye kawan-kawan. Kita boleh hayati keindahan alam ni area kampung, boleh stay di tempat di kelilingi gunung-ganang dan jauh dari kesibukan kota..i love it!!!

Ketika berjalan ke Mall of Flam, terjumpa rumah yang cun ni...the house is so cute and i love the colour

Depan rumah tersebut...admire sangat dengan pagar putih tu

Tempat tujuan kami...berharap sangat time tu restaurant dah buka.

Sambil-sambil cari breakfast...berlakulah activity snap sana snap sini..Orang Flam ni memang suka buat rumah, hotel, hostel atau kedai menggunakan kayu.

Di depan Toget Face..kelakar namanya..hehehe

Cruise yang kami naik sehari sebelum tu..

Akhirnya kami jumpa cafe yang sesuai lagi meyakinkan untuk masuk. Time tu saya hanya teringin nak makan roti dan coffee. Walaupun roti ni nampak keras..tapi tak lah keras sangat pun..saya suka sangat..my sis tak berapa suka..akhirnya pekena 2 biji lah roti ni..hehehe.

Kemudiannya bila dah kenyang, kami discuss lah nak buat apa semua. Sebelum ke sini ada jugak saya study hiking activity. Ada banyak trail untuk hiking ni. Bila search dari internet, tak jumpa pun map untuk reference. Tapi don't worry..boleh ke tourist information area building berkayu ni. Kita boleh minta staff tourist information explain trail apa yang sesuai untuk kita. Memandangkan kami berdua ni bukanlah pendaki pro..dan tak pernah pun mendaki, akhirnya kami memilih trail paling pendek..ala..jadilah..hahaha. Boleh ambil map dari tourist information. Trail kami tu bermula tak jauh dari Mall of Flam tu..ish..pemende hiking tu...hahaha. Ni bukan omong kosong..betul kami hiking..tak caya jom tengok photo

Let's go..out hiking start dari belakang building putih tu...Fretheim Hotel..ayuhhh

Huhuhu...adakah kami ke puncak gunung ni...teruskan membaca

Setelah berjalan menghala ke building putih yang mana ia adalah Fretheim Hotel

Baru nak start dah confius nak ke kanan ke kiri..hahaha..

Ohh..ada signboard rupanya...tamak gi pilih kanan..lebih jauh

Time ni baru 5 minit memanjat jalan berbukit...dah huuu sana huuu sini...pastu tercungap-cungap dah...isk isk isk...

View fjord ni memang tak jemu dipandang...so lawa.

10 minit pastu...huhuuu cantik...huhuhu lawa...fjord makin kelihatan. Time ni dua-dua orang bangga giler dah sebab hiking..wakakaka.

Sebenarnya inilah our hiking trail..lawak tak?? Mana da sampai puncaknya kalau setakat 600m berjalan..hahaha..poyo

Ini pun cukup bagi saya..saya bukannya ada stamina nak hiking. Suka-suka jer ni sebab tak susah sangat. Tak perlu apa-apa peralatanpun...cukup pakai sport shoes.

Suka sangat tengok cuaca that day...the sky is so bright!!!

Ada banyak kerusi disediakan di satu-satu tempat. Nak berkelah pun boleh sebenarnya. Tapi jangan lah mimpi nak terlena kat sini..sebabnya sejuk giler. Time saya rasa sangat tenang..happy..macam-macam lagilah. Syukur Ya Allah memberi aku kesempatan menyaksikan kehebatan bumi ciaptaanMu. 

Zoom sikit

Dari atas boleh nampak Flam Hostel yang kami stay tu....so cute!!!

Sungai

Saya rasa ni adalah sejenis bunga

Tak banyak bunga di Flam ni...saya jumpa yang ni jer

Lupa nak cabut then balik tanam kat rumah

End of hiking trail...hahaha. Apa kebendanya hiking..hahahah. Ala...janji rockkk!!!

Ye la uols...tu jer hikingnya..apa-apapun saya enjoyyyy!!!

Souvenir shop. Nak design rumah sendiri macam ni lah...hehehe.

Setelah siap hiking, kami gi shopping untuk our lunch. Kat area mall tu ada sebuah kedai. Kami beli frozen fish untuk buat masak steam. Banyak bahan masakan saya lupa nak bawa sekali. Semuanya dalam luggage bag di Bergen yang kami tinggalkan kat hotel. My sis dah kelaparan dah time tu sebab dia tak breakfast proper. Kami plan selepas lunch dan rehat, kami akan sambung explore Flam dengan basikal pula.

Kedai tu lebih dekat dengan bridge tu..so kami cross bridge tu untuk balik ke hostel

Small village yang aman tenteram

Makin menganjak ke tengahari, awan makin memenuhi langit.

Tengahari tu kami makan steam cod fish bersama nasi panas. Senang jer nak masak bila dah rice cooker comel tu..time masak nasi, letak ikan ni di dalam bekas tu kemudiannya letak bahagian atas..then tutup. Bila nasi dah masak..masak lah ikan tupun. Nasib baik ada garam free kt kitchen hostel tu..kalau tak, makan ikan tu takde perisa lah.

Bila dah kekenyangan, kami rest sekejap. Charge segala hp dan camera. Setelah ready nak cycling, kami menuju ke reception. Staff hostel tu akan test setiap basikal yang akan kami naik. Dia test break, gear semualah. Kemudian kami diberi peluang test pula. Saya ni kan pendek, agak susah nak cari basikal yang sesuai..hehehe. Charge yang dikenakan adalah 100 NOK untuk sejam. Ketika test basikal tu, dia takkan kira masa lagi. Masa akan dikira selepas kami keluar dari area hostel. Agak terkial-kial lah nak mengayuh sebab saya dah lama tak naik basikal..heehe. Tapi Alhamdulillah saya masih pandai. 

Maka..bermulalah cycling activity..excited..hehehe. Jom tengok view sepanjang saya cycling....

Area ni kan berbukit..memang payah nak kayuh...bila turun bukit..best giler sebab takyah kayuh. 

Asyik stop nak snap view...memang tak dapat nak tahan tengok view cun-melecun kat sini.

Sepanjang travel..this is my 1st time cycling..so fun uolssss

Tak tau bunga apa...tertarik betul saya

Setiap rumah macam takde orang jer...suka design rumah ni yang ada veranda depan pintu tu. 

Bongkah batu besar-besar yang dijadikan pagar ni sangat menarik..

Tengok bumbung rumah ni...wow....

Ada hiking trail area waterfall ni..time kami lalu..ada beberapa orang sedang hiking

Sungai yang mengalir deras..bunyi air yang menderu sungguh mengasyikkan

 
Di penghujung jalan...

Kami kayuh hingga ke hujung jalan. Tak berani pula nak kayuh area jalan yang lebih sibuk. Masa masih ada untuk pulangkan basikal...so kami just round area Mall of Flam lagi. Kemudiannya relax-relax kejap kat area macam tepi pantai.

Berakhir sudah activity hiking dan cycling kami di Flam. Cukup puas menghayati keindahan alam semulajadi di Flam ni. Jika yang suka hiking dan buat acitivity lasak..di sinilah tempatnya. Ada banyak hiking trail yang cukup mencabar menanti anda di sini. Activity orang macam saya ni...mampu setakat hiking 600m dan cycling 3-4km jer..hahaha. Saya bukan diva pun...biasa-biasa jer. Untuk next entry saya akan ceritakan penyambungan Norway in a Nutshell. Esok tu adalah hari terakhir kami di Norway. Sob sob sob...sedih betul nak tinggalkan Norway yang memberi saya memory yang indah.

Bai....
Viewing all 261 articles
Browse latest View live